Peribadi Idaman Yang Berjaya Mengharungi Fitnah: Rahmat Rabbani Dan Ilmu Rabbani

Peribadi Idaman Yang Berjaya Mengharungi Fitnah: Rahmat Rabbani Dan Ilmu Rabbani

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Tika ini dan zamannya adalah masa yang penuh ujian dan fitnah. Lebih menakutkan fitnah yang menyesatkan akidah dan penyelewengan syariat. Apatah lagi, hampir semua kita terperangkap dengan fitnah Ad-Duhaima moden iaitu Demokrasi Liberal. Demokrasi Liberal menyerang setiap rumah sehingga seluruh orang awam diprogramkan dengan etopia kerajaan rakyat, namun sebenarnya kerajaan yang ditunggang elitis-elitis global yang menguasai media, ekonomi dan posisi posisi politik penting.

Islam ada ubat untuk orang beriman menghadapi zaman fitnah ini. Ubat yang juga mujarab untuk berhadapan dengan kemuncak fitnah akhir zaman iaitu fitnah Ad-Dajal. Islam membekalkan Al-Quran, dan terdapat surah penting menghadapi fitnah yang dinamakan Al-Kahfi. Surah yang diturunkan di Mekah tatkala kemuncak penentangan lisan dengan golongan Musyrikin Quraisy. Namun, gambaran surah ini, bahawa musuh bukan sekadar musyrikin. Bahkan akan ada nanti golongan yang mengatakan Allah ada anak iaitu Yahudi, Nasara dan juga penyembah matahari dan dewa-dewa. Maka, mendepani golongan ini menyesakkan dada. Sempit jiwa-jiwa beriman termasuk Sang Rasul Allah. Fitnah ini berterusan di zaman kita.

Lantas Bagaimana Menghadapi Fitnah?

Surah Al-Kahfi membawa kisah Musa AS bersama hamba yang dimuliakan Allah. Hamba yang berjaya mengharungi fitnah hidup dengan panduan Allah. Musa dari bani Israel terpaksa merantau ke luar sehingga bertemu tempat dua laut berkumpul. Maka hamba itu, Allah sifatkan begini:

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

“Maka mereka dapati (Musa dan pembantunya) seorang hamba dari kalangan hamba-hamba yang dikurniakan rahmat dari Kami, dan Kami ajarkannya dari gedung-gedung kami ilmu.”

(Surah Al-Kahfi, ayat 65)

Sifat hamba tersebut adalah rahmat dan ilmu dari sisi Allah. Moga kita di zaman fitnah ini, Allah kurniakan dua perkara penting ini. Lantas kita berjaya mengharungi fitnah.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

ninety two − eighty seven =