Belanda: Pertikaian Pemakaian Purdah Dibahaskan Ahli Politik

Oleh: Rabiatul Adawiyah Zabar

Dalam satu sesi perbahasan Rabu lalu, ahli politik Belanda mencadangkan larangan pemakaian purdah -hijab wanita yang menutup bahagian muka- serta bakal dikuatkuasakan di tempat-tempat tertentu seperti sekolah, hospital dan di atas pengangkutan awam.

Menurut sumber Al-Jazeera bertarikh 24 November, walaupun hanya beberapa ratus orang sahaja muslimah di negara itu memakai purdah, namun kerajaan masih mahu mempertimbangkan cadangan tersebut sebagaimana keputusan yang diambil negara Eropah lain seperti Perancis dan Belgium.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Dalam Negeri, Ronald Plasterk, Belanda tidak bercadang mengharamkan terus pemakaian purdah sebagaimana negara-negara lain, serta menyifatkan badan perundangan di negara itu sebagai ‘neutral terhadap agama’.

Katanya lagi, sebuah negara yang bebas seperti Belanda, seharusnya membenarkan muslimah muncul di khalayak ramai dengan memakai purdah mengikut kehendak mereka, tetapi di bangunan kerajaan, hospital dan sekolah, wujud keperluan untuk melihat wajah masing-masing.

Walau begitu, tarikh undian terhadap cadangan tersebut masih belum diketahui; sekiranya mendapat undian tertinggi -sebagaimana dijangka-, cadangan itu masih memerlukan kelulusan Senat sebelum dikira sebagai undang-undang.

Ketika perbahasan itu, seorang anggota pembangkang, Fatma Koser Kaya dari Parti D66, berkata cadangan undang-undang tersebut hanyalah suatu simbolik serta tidak perlu kerana banyak institusi di negara itu sudah pun mengamalkan larangan tersebut.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 13 = twenty