Perjuangan Membumikan Islam Menampakkan Sinar

Oleh: Nur Zinnirah Ismail

KUALA LUMPUR – Usul yang dibawa pada 26 Mac 2016 lalu , Dewan Parlimen sekali lagi diperdengarkan pembentangan usul Pindaan Akta 355 oleh ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.

Beliau mengemukakan usul tersebut bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Di dalam konteks sejarah, Akta 355 telah ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Parlimen dengan bidang kuasa denda tidak melebihi 1,000 ringgit dan penjara tidak lebih 6 bulan.

Selepas 19 tahun kemudian, ia dipinda pada tahun 1984 dengan bidang kuasa baru iaitu penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi 5,000 ringgit, dan sebatan sebanyak 6 kali.

Kini, selepas 32 tahun barulah Akta 355 ini mendapat peluang untuk dipinda lagi. Pindaan kali ini diusulkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui Rang Undang- Undang Persendirian.

Menurut sumber dari laman web Harakahdaily, bidang kuasa yang dicadangkan pindaannya adalah ke arah menepati undang- undang syariat; iaitu penjara selama tempoh melebihi 30 tahun, denda melebihi 100 ribu ringgit dan sebatan 100 kali mengikut tatacara syariah.

Walaubagaimanapun, sesi pembentangan ditangguhkan pada masa akan datang kerana masih ramai yang mempertikaikannya di luar sana.

” Oleh itu, saya pohon untuk membuat huraian pada sesi parlimen akan datang,” katanya.

Langkah yang diambil oleh Tuan Guru jelas menunjukkan beliau selaku pembawa usul sangat berhati-hati dan tidak gopoh.

Malah, beliau bersikap terbuka untuk memberi masa kepada semua ahli parlimen muslim dan non muslim untuk memahami dengan baik subjek pindaan ini.

Menurut YB Ustaz Nasrudin Hassan, persidangan parlimen seterusnya dijangka pada bulan Mac dan bakal menyaksikan perbahasan dan keputusan peringkat bacaan pertama dibuat.

“Jika ianya lulus dengan majoriti mudah, ianya akan dibawa ke bacaan kali kedua; kemudian, barulah ia akan diambil alih oleh pihak kerajaan sebagai ‘bill kerajaan,” tambah ahli Parlime Temerloh itu.

Selain itu, cadangan pindaan RUU tersebut tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa jua perbelanjaan wang tambahan.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy six + = eighty one