Krisis Rohingya: ‘Cukuplah Pengalaman Di Bosnia’

Oleh: Akhir Muhammad

Operasi keganasan junta tentera Myanmar telah menyebabkan ramai mangsa terbunuh, para wanita dirogol dan memaksa puluhan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal serta melarikan diri ke Bangladesh.

Demikian menurut sumber Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang disiarkan di laman web Al-Jazeera.

Menurut seorang pegawai PBB, Myanmar sedang melakukan ‘penghapusan etnik’ ke atas etnik minoriti muslim Rohingya.

Seorang tokoh muda dan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dalam satu kenyataan disiarkan di Harakahdaily turut menzahirkan pandangan sama sambil sekiranya krisis itu berterusan, etnik Rohingya bakal menghadapi kemelut yang pernah dilalui umat Islam di Bosnia-Herzegovina suatu ketika dulu.

Khairil Nizam Khiruddin turut mengecam kekejaman yang berlaku di Myanmar dan menggesa kerajaan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan negara itu.

Katanya, Malaysia selaku anggota Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) dan sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mendesak campur tangan bagi menangani keganasan di wilayah bergolak, Arakan.

Dalam kenyataan bertarikh 24 November itu juga, beliau mendesak pengambilan tenaga kerja dari negara itu dibekukan sebagai tanda protes terhadap kekejaman dan sikap membisu Myanmar terhadap jenayah kemanusiaan itu.

“Kerajaan perlu menghantar mesej yang tegas kepada Myanmar bahawa Malaysia tidak bersetuju dengan cara Myanmar menangani konflik berdarah tersebut. Junta Myanmar seolah-olah melindungi jenayah yang sedang berlaku dan membiarkan ia bermaharaja lela.”

Dalam satu kenyataan berasingan disiarkan di laman web Harakahdaily, YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad telah mencadangkan penubuhan pasukan tentera pengaman negara-negara Islam.

Menurut ADUN Cempaka itu, walaupun PBB mempunyai pasukan tentera pengaman mereka sendiri; tetapi ia bukan di bawah kawalan negara-negara Islam.

“Cukuplah dengan pengalaman pembersihan etnik umat Islam Bosnia di Balkan pada awal 90-an,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventeen = twenty three

Comments

  • ariff November 29, 2016 at 7:53 pm

    09 oktober 2016 “pengganas” telah menyerang pos kawalan sempadan araķan-bangladesh dan mencuri senjata dan peluru.
    pengganas dikatakan “rohingya solidarity organisation” ROS benarkah..?

    Reply