Kemenangan Trump Peluang Zionis Terus Bertaring

Oleh: Akhir Muhammad

Pihak Israel telah mengumumkan akan membina 500 buah rumah untuk rakyatnya di timur Baitulmaqdis dan merupakan rancangan penempatan pertama diumumkan selepas pilihanraya presiden Amerika Syarikat.

“Pada pagi ini, jawatankuasa perancangan dan pembinaan tempatan membuat keputusan meneruskan (rancangan) membina 500 unit rumah di Ramat Shlomo.”

Demikian menurut kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Anti Pendudukan; Ir Amim.

Perancangan tersebut sebelum ini telah tertangguh sejak tahun 2014 tetapi kini diteruskan.

Menurut sumber Al-Jazeera bertarikh 25 November, lebih 200,000 warga Israel kini tinggal di timur Baitulmaqdis serta wilayah lain di Tebing Barat yang diduduki Israel, Semenanjung Gaza dan sebahagian daripada Mesir dan Syria sejak perang 1967.

Lebih setengah juta rakyat Israel tinggal di penempatan Yahudi di Tebing Barat serta tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.

“Ada banyak lagi rancangan, dan saya bercadang untuk menggunakan tempoh peralihan (kepimpinan) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kelulusan,” ujar timbalan datuk bandar Jerusalem, Meir Turgeman, kepada rangkaian milik Israel, Channel Two.

Seorang ahli Majlis Perundangan Palestin, Mustafa Barghouti, menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu adalah ‘keputusan yang sangat serius dan merbahaya’.

“Perkara ini tidak akan terjadi kalau bukan kerana kegagalan dan sikap berdiam diri masyarakat dunia,” jelas Barghouti kepada Al-Jazeera.

“Sudah tiba masanya untuk AS, Kesatuan Eropah (EU), dan semua negeri yang ‘mendakwa komited dengan penyelesaian membentuk dua negara (two-state solution)’ untuk menerima pakai langkah-langkah konkrit dan usaha untuk mencegah perancangan yang merbahaya ini dan mengenakan sekatan ke atas Israel sebelum ia membawa rantau ini ke kancah keganasan, ekstremisme, dan ketidakstabilan, ” kata Hanan Ashrawi.

Beliau adalah ahli jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkata demikian kepada agensi berita tempatan; Ma’an News Agency.

Menurut Barghouti, kemenangan Trump dalam pilihanraya presiden AS disambut baik gerakan pendudukan berhaluan kanan.

“Polisi sebenar kerajaan Israel pastinya untuk memusnahkan semua peluang yang ada untuk membina sebuah negara Palestin dan menghapuskan apa yang dipanggil sebagai ‘two-state solution,” tambahnya lagi kepada Al-Jazeera.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− two = seven