Desakan Tangkapan Gabenor Hina Islam

Oleh: Aisyah Yamin

Berikutan isu penghinaan agama oleh Gabenor DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majlis Ulama Indonesia (GNPF MUI) berterusan mendesak pihak berkuasa Indonesia agar segera menahan Ahok.

Ahok telah pun diputuskan oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai pesalah berikutan tindakannya yang menghina Al-Quran dan hak warga muslim Indonesia yang jika sabit kesalahan membawa hukuman lima tahun penjara berdasarkan Fasal 156a KUHP (undang-undang Indonesia).

GNPF MUI mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Ahok.

Menurut sumber dari negara republik itu, suspek yang masih bebas walaupun sudah dinamai sebagai suspek oleh Ibu Pejabat Polis Negara Republik Indonesia (Mabes Polri) serta dikhuatiri cuba untuk menghilangkan bahan bukti lain.

Bukti lain yang dimaksudkan termasuk bukti rakaman yang sudah ada pada Pemerintah Provinsi (Pemprov) DKI Jakarta sedangkan badan tersebut berada di bawah penyeliaannya sendiri, demikian menurut sumber yang melaporkan.

Ahok kerap kali mengulangi perbuatan menghina serta mencaci para ulamak dan hak-hak orang Islam malah mengulangi perbuatan tersebut pada 16 November lalu iaitu tarikh sama secara rasmi dia dinamai sebagai suspek serta berkata peserta Aksi Bela Islam bertarikh 4 November 2016 mendapat bayaran 500 000 Rupiah setiap orang.

Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian serius seluruh Indonesia malah juga peringkat antarabangsa. Lebih parah, tindakan biadab Ahok ini turut mencetuskan perpecahan bangsa dan negara Indonesia itu sendiri.

Sebelum ini, pesalah yang terlibat dengan kesalahan Fasal 156a KUHP akan terus ditangkap dan dilaksanakan hukuman; antaranya kes Ariswndo, Lia Aminuddin, Yusman Roy, Ahmad Musadeq dan lain-lain.

Justeru, layanan dilihat berbeza diberikan kepada Ahok yang masih tidak ditangkap walaupun sudah disahkan sebagai pesalah merujuk kepada Fasal 156a KUHP.

Menurut seorang mahasiswa di salah sebuah universiti di Indonesia, Mohamad Zulkifli, GNPF MUI dengan rasminya telah mengumumkan himpunan Aksi Bela Islam III akan diadakan pada 2 Disember ini di Jakarta bagi mendesak kerajaan untuk menahan Ahok dan sentiasa bersikap adil serta amanah.

Katanya, Aksi Bela Islam III kali ini bakal dianjurkan selepas Solat Jumaat, Istighasah, Maulid Akbar dan munajat serta bakal dilaksanakan di sepanjang jalan utama menuju Istana Merdeka, Indonesia.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

98 − = ninety three