Usaha Bawa Usul RUU 355 Demi Kepentingan Islam

Oleh: Zaim Assibaie

Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataannya kelmarin menyeru seluruh umat Islam, ahli Parlimen Islam dan bukan Islam agar bersama-sama menjayakan RUU 355 sebagai satu usaha memperkasakan Mahkamah Syariah, 23 November lalu.

Beliau juga turut menyifatkan pemerkasaan hukuman di mahkamah syariah merupakan hak umat Islam di negara ini.

Beliau menyeru seluruh umat Islam dan Ahli-ahli Parlimen Islam dan bukan Islam bersama-sama menjaya RUU 355 sebagai satu usaha memperkasakan hukuman di Mahkamah Syariah yang menjadi hak rakyat muslim di negara ini,

Dalam kenyataan yang sama beliau memaklumkan bahawa dijangka RUU 355 akan dijadualkan dibahas pada masa terdekat, berdasarkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya,Rang Undang-undang yang diusulkan oleh YB Marang di Dewan Rakyat adalah bertujuan meminda kadar hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri agar menurut undang-undang syariah.

“Usul RUU 355 ini akan membuka ruang untuk 3 kesalahan jenayah syariah dihukum berdasarkan undang-undang Syariat.

“Kesalahan itu adalah persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin (sebanyak 100 sebatan syarie), Qazaf sebanyak (80 sebatan syarie) dan minum minuman memabukkan sebanyak (40 sehingga 80 sebatan syarie) berdasarkan khilaf antara mazhab fiqh.

“Ketiga-tiga kesalahan tersebut telah sedia dibicarakan di Mahkamah Syariah pada hari ini tetapi had hukumannya terhad kepada Akta 355 yang menetapkan had maksima 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan”,ujarnya.

Khairuddin turut menghuraikan beberapa isi penting berkaitan RUU 355 yang dikemukakan oleh YB Marang.

Antaranya adalah RUU 355 hanya melibatkan jenayah syariah yang dilakukan oleh orang Islam sahaja yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Tambahnya, ia juga hanya melibatkan kesalahan jenayah yang telah pun dibiacarakan di Mahkamah Syariah menurut Enakmen Kesalahan Jenayah negeri masing-masing.

“Pindaan Akta 355 ini tidak melibatkan kesalahan jenayah mencuri dan merompak kerana ia berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menerusi Mahakamah sivil.

“Selepas RUU 355 dibawa atas nama Usul Ahli Persendirian untuk bacaan kali pertama, kemudian pihak kerajaan pula yang perlu mengambil tanggungjawab membawa usul tersebut sebagai Usul Kerajaan untuk proses seterusnya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

1 + four =