Petikan Kuliah Ayah Chik: Kegagalan Perancangan Yahudi Menakluk Dunia

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
KEGAGALAN PERANCANGAN YAHUDI MENAKLUK DUNIA

Antara tanda-tanda kiamat adalah berlakunya peperangan penentu antara umat Islam dan orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah SAW

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من شجر اليهود

Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi.”
[HR Muslim]

Sesungguhnya hadis ini memberi berita gembira kepada umat Islam yang hari ini mengalami penderitaan di tanah suci Palestin, yang sedang dijajah oleh Palestin. Walaupun pada hari ini Yahudi menguasai ekonomi, politik dan alat siaran dunia, Allah menjanjikan bahawa mereka akan ditewaskan oleh unat Islam suatu hari nanti.

Yahudi merancang untuk menakluk dunia dengan menubuhkan gerakan Freemason sejak sebelum Masihi lagi. Freemason bermatlamat untuk menubuhkan pusat pemerintahan Yahudi di Palestin, dengan merobohkan Baitul Maqdis dan mendirikan kuil Nabi Sulaiman. Mereka bergerak dengan menubuhkan berbagai cabang-cabang pertubuhan. Salah satunya zionis yang mengumpulkan orang-orang Yahudi dan Kristian secara langsung. Mereka juga menubuhkan badan kebajikan seperti Lion Club dan Rotary Club yang berada di seluruh dunia termasuk negara kita bertujuan menarik raja-raja, pemerintah dan orang-orang kaya bersama mereka.

Merekalah yang menyebarkan ideologi-ideologi untuk merosakkan politik dan ekonomi orang Islam. Merekalah di sebalik komunisme, sosialisme, liberalisme dan lain-lain. Merekalah di sebalik media-media, menyebarkan berbagai fitnah dan bahan-bahan merosakkan akhlak dan pemikiran. Merekalah di sebalik penyebaran dadah dan berbagai perkara yang meruntuhkan moral masyarakat. Mereka percaya dengan merosakkan seluruh manusia dari berbagai sudut, akan memudahkan mereka untuk menguasai dunia.

Merekalah yang merancang perpecahan di kalangan umat Islam sehingga jatuhnya khilafah Uthmaniah. Bermula daripada menghasut Raja Hijaz, Syarif Husain untuk bangkit menentang Uthmaniah atas semangat kebangsaan Arab dan atas nama menentang kezaliman tahun 1916. Dalam masa yang sama mereka juga berpakat dengan Bani Saud merampas Najd dari Rajanya yang setia kepada Uthmaniah iaitu Ibnu Rushd. Oleh kerana pada waktu itu muncul gerakan Wahhabi memerangi khurafat dan bidaah yang berlaku di negara umat Islam, Bani Saud berpakat dengan gerakan Wahhabi menentang kerajaan Najd dan berjanji jika menang, gerakan mereka akan dilindungi.

Syarif Husain memeterai perjanjian bersama wakil British di Mesir yang dikenali dengan perjanjian Husain-McMahon. Ibn Saud pula mengadakan perjanjian dengan TE Lawrence, kolonel tentera British yang fasih berbahasa arab. Syarif Husain berjaya menakluk tanah arah dari Uthmaniah dan pakatan Saud-Wahhabi berjaya menewaskan Ibn Rushd lalu menguasai Riyadh. Namun selepas itu, pakatan Saud-Wahhabi pula menyerang Hijaz untuk menakluk Mekah. Syarif Husain meminta pertolongan dari British tetapi tidak dilayan. Akhirnya Syarif Husain mengalah lalu British membentuk peta baru meliputi wilayah Najd, Hijaz dan sekitar menamakan sebagai Arab Saudi, lalu dijadikan Ibn Saud sebagai Rajanya.

Di waktu yang sama, berlaku perjanjian antara kuasa-kuasa penjajah. Perjanjian Laussanne 1923 bersama sebahagian orang Islam untuk menewaskan Uthmaniah dari Turki. Perjanjian Sykes-Picot 1916 pula untuk membahagikan wilayah Uthmaniah kepada Perancis, British dan Rusia. Setelah ditetapkan Palestin sebagai wilayah milik British, maka diadakan pula perjanjian Balfour 1917 antara Lord Balfour dan Theodor Hertzl pemimpin Zionis untuk memberikan Palestin kepada Yahudi.

Setelah berjaya menewaskan Uthmaniah dan negeri Islam dibahagikan, British mengotakan janji memberi Palestin kepada Yahudi. Dimasukkan orang Yahudi sedikit demi sedikit hinggalah tahun 1948, negara Israel ditubuhkan.

Zionis merancang untuk menubuhkan peta negara Israel Raya meliputi tanah dari sungai dajlah ke sungai Furat, termasuk juga Madinah kerana terdapat Yahudi di sana sejak zaman Nabi. Atas tujuan itu mereka mencetuskan huru-hara di kawasan terbabit atas nama kebangsaan arab, Sunni lawan Syiah, Sunni lawan Wahhabi, arab lawan Kurdi dan sebagainya. Apabila umat ini lemah, mudah untuk mereka menguasai.

Namun Allah SWT tidak akan mengizinkan mereka berkuasa. Allah menjanjikan akan tiba masanya umat Islam akan memerangi Yahudi atas nama Islam, bukan atas nama kebangsaan dan sebagainya sebagaimana yang Nabi sebut dalam hadis di atas. Yahudi tidak akan dapat lari lagi. Hatta batu dan kayu turut bersama tentera Islam mendedahkan di mana persembunyian orang Yahudi.

Terdapat sekumpulan Yahudi Ortodox bermazhab Naturei Karta yang mengetahui perkara ini. Mereka menentang penubuhan negara Israel kerana menganggap perbuatan ini sebagai menggali kubur sendiri. Mereka akan dikuburkan di situ kelak.

Malangnya orang-orang Islam ramai tidak ambil peduli tentang ini. Maaf cakap, ustaz-ustaz sendiri yang tak baca tentang ini. Mereka baca Feqah, baca Sirah tapi tak baca sejarah ini menyebabkan timbul isu-isu mazhab dan sebagainya. Saya bukan nak tunjuk pandai, tapi ustaz-ustaz kena tahu ini semua.

Masjid Rusila
19 Safar 1438
19 November 2016

(Alang Ibn Shukrimun)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 83 = ninety