Baiki Hubungan: Turki Lantik Duta Baru Ke Israel

Oleh: Akhir Muhammad

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah melantik duta baru ke Israel pada 16 November lalu sebagai membalas balik langkah yang telah diambil Israel untuk normalisasi hubungan dua negara itu.

Jun lalu, Turki dan Israel bersetuju memperbaiki hubungan mereka yang dilihat susulan prospek lumayan perjanjian gas di kawasan Mediterranean.

Kesepakatan itu juga ekoran kebimbangan kedua-dua buah negara terhadap risiko keselamatan di Timur Tengah.

Demikian menurut sumber bertarikh 16 November yang dipetik dari laman web middleeastmonitor.com.

“Kami telah melantik Kemal Okem, yang merupakan penasihat Hal Ehwal Luar Negeri kepada Perdana Menteri sebagai duta ke Israel,” jelas Erdogan dalam satu sidang akhbar di Ankara sebelum berangkat ke Pakistan bagi mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Israel berkata Eitan Na’eh yang kini merupakan timbalan duta di London telah dilantik sebagai Duta Besar Israel ke Ankara namun tarikh mula berkhidmat masih tidak diumumkan.

Hubungan antara Israel dan Turki terputus pada tahun 2010 apabila 10 aktivis pro-Palestin dari Turki terbunuh dalam sekatan tentera laut rejim ketika mahu memasuki perairan Gazadi.

Dalam insiden itu, tentera Israel telah menyerbu Mavi Marmara; kapal yang dinaiki mangsa, di barisan hadapan flotilla yang menuju ke wilayah bergolak itu untuk menyampaikan sumbangan.

Dalam usaha untuk memperbaiki hubungan dengan Turki, Israel telah bersetuju untuk membayar sebanyak $ 20 juta kepada keluarga mangsa yang terbunuh di atas kapal Mavi Marmara.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− three = six