Bayi 18 Bulan Mangsa Kekejaman Tentera Myanmar

Bayi 18 Bulan Mangsa Kekejaman Tentera Myanmar

Oleh: Asmaa Yusof

Ketegangan yang berlaku di Rohingya semakkin meruncing apabila pasukan keselamatan Myanmar melancarkan operasi penghapusan etnik Rohingya di negara itu.

Menurut sumber RB News, serangan terbaru telah mengakibatkan lebih 30 orang rakyat etnik Rohingya termasuk bayi berusia 18 bulan terbunuh.

Pembunuhan kejam tentera Myanmar itu dilaporkan berlaku di bandar Maungdaw 14 November lalu.

Pada masa sama, 100 orang anggota tentera, polis dan juga pasukan pengawal sempadan (BGP) dilaporkan memasuki perkampungan Dar Gyi Sar serta memaksa kaum wanita dan juga kanak-kanak keluar dari kawasan tersebut dengan menggunakan keganasan.

Memetik sumber sama, penduduk kampung memaklumkan seorang bayi lelaki berusia 18 bulan maut di tempat kejadian apabila dipukul dengan kayu oleh seorang tentera.

Selain itu, laman RB News turut menyenaraikan nama-nama mangsa yang terbunuh dan menyatakan anggaran sebenar angka korban masih belum dapat dipastikan.

Minggu lalu, laman web Human Right’s Watch (HRW) telah menyiarkan imej satelit menunjukkan kemusnahan teruk di perkampungan etnik Rohingya yang hangus terbakar di wilayah Rakhine.

Pengarah HRW, Brad Adams turut menzahirkan kekesalan terhadap insiden itu dan berkata imej satelit terbaru bukan hanya mengesahkan pergolakan yang berterusan dihadapi etnik Rohingya tetapi ia menunjukkan kemusnahan yang lebih teruk dari sebelumnya.

HRW menjelaskan sejumlah 430 bangunan musnah di tiga buah kampung di daerah Maungdaw Utara yang melibatkan kampung Pyaung Pyit, Kyet Yoe Pyin dan Wa Peik dengan jumlah kemusnahan masing-masing 85, 245 dan 100 buah bangunan.

http://www.rohingyablogger.com/2016/11/more-than-30-rohingya-including-18.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 25 = thirty one