Rahsia Kesan Kemenangan Trump Dibongkar Malam Ini

Rahsia Kesan Kemenangan Trump Dibongkar Malam Ini

Oleh: Hayati

Kemenangan Trump dalam Pilihanraya Presiden baru-baru ini mendapat reaksi bercampur dunia dan seluruh umat Islam termasuklah di Malaysia.

Pelbagai andaian dan spekulasi timbul sejurus berita kemenangan Trump tersebar.

Justeru, Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara) dengan kerjasama Akademi Al-Ghazali serta Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) mengambil inisiatif menganjurkan Forum Analisis Pilihanraya Presiden Amerika.

Forum selama dua jam ini akan diadakan pada 17 November 2016 bersamaan hari Khamis bermula jam 9.00 malam di Dewan Seminar Masjid Hasanah, Bangi.

Seramai tiga orang ahli panel terlibat untuk membincangkan tajuk Kemenangan Trump dan Jangkaan Masa Depan Terhadap Umat Islam iaitu Felo Akademi Al-Ghazali, Dr. Mohd Atiullah Othman, Ketua Kluster Sains Politik ILMUAN, Dr. Wan Nik Wan Yusof dan wakil Institut Pemikiran Tok Guru, Ustaz Fadli bin Ghani.

Program tersebut adalah terbuka kepada semua dan percuma tanpa sebarang yuran pendaftaran.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

4 + two =

Comments

  • Luqman Hakim November 17, 2016 at 5:18 pm

    Assalamualaikum , saudara yg dihormati.Boleh saya bertanya , adakah program tersebut mempunyai rakaman yg boleh ditonton sekiranya tidak berpeluang pergi ke tempat program berikut?

    Reply