#Peace4Yemen Inisiatif Muslim Care Malaysia Dan Artis Tempatan

#Peace4Yemen Inisiatif Muslim Care Malaysia Dan Artis Tempatan

Oleh: Hayati

Sebuah majlis bagi melancarkan misi #Peace4Yemen telah diadakan di ibu negara kelmarin sebagai satu usaha membantu umat Islam di Yaman yang diuji konflik kemanusiaan.

“Sejak MCM ditubuhkan, kami beroperasi merentas bangsa, agama dan negara sesuai dengan moto kami, ‘Misi Bantuan Kemanusiaan Tanpa Sempadan’,” ujar presiden Muslim Care Malaysia Society, Tuan Haji Wajihan Zulkifli dalam satu kenyataan di laman FB rasmi NGO itu.

Memetik sumber Norwegian Refugee Council, dalam tempoh kurang dua tahun konflik di negara itu, lebih 6,500 orang terbunuh dan lebih 32,000 mangsa tercedera terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang awam.

Sehubungan itu, Muslim Care Malaysia Society (MCM) yang telah lama bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bertindak lebih agresif dengan melancarkan misi ini dengan kerjasama NGO Usrah Fitrah.

“Agenda utama NGO kami ialah membantu kebajikan umat Islam yang ditimpa kesusahan. Kesengsaraan umat Islam dalam dan luar negara akan kami usahakan untuk membantu sesuai dengan kadar kemampuan kami.”

Selain bergerak untuk membantu kebajikan umat Islam, MCM juga mengambil pendekatan bekerjasama dengan artis tempatan untuk membina kesedaran rakyat Malaysia umumnya serta umat Islam di Malaysia khususnya supaya sama-sama merasai dan menyelami penderitaan yang dilalui oleh rakyat Yaman.

Antara artis-artis yang terlibat dalan misi itu ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Jamal Abdillah, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Salima Habibi, Heliza Helmi, Hafiz Hamidun, Hijjaz, Zizan Razak, Emma Maembong, Altimet, Fizo Omar dan ramai lagi.

Di akhir majlis itu, Presiden MCM turut mengumumkan pelancaran dana misi #Peace4Yemen bagi mengutip dan menyalurkan sumbangan bagi tujuan sama.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty eight − twenty two =