Himpunan Besar-Besaran Bantah Penghinaan Terhadap Agama Islam

Himpunan Besar-Besaran Bantah Penghinaan Terhadap Agama Islam
Oleh: Zaim Assibaie


Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majelis Ulama Indonesia (GNPF-MUI) dalam satu kenyataan media mengumumkan akan menganjurkan Himpunan Aman Bela Al-Quran pada 04 November ini.

Perhimpunan ini dianjurkan bertujuan menuntut supaya Gabenor DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) yang didakwa menghina ayat Al-Quran dalam satu kenyataannya di Kepulauan Seribu pada oktobrer yang lalu, turut mendesak para penghina Islam yang lain juga agar dikenakan hukuman yang setimpal oleh pihak berkuasa Indonesia.

Dalam kenyataan yang sama, GNPF-MUI turut menegaskan bahawa GNPF-MUI sebagai gerakan bukan politik dan tidak anti kepada sesiapa tetapi hanya mahu menuntut hukuman yang adil terhadap jenayah menghina Al-Quran dan ulamak.

“Dan kami tegaskan juga bahwa gerakan ini bukan gerakan anti Kristen, bukan anti Cina, bukan anti NKRI, bukan anti Bhinneka Tunggal Ika, tapi gerakan tuntutan penegakan hukum yang adil terhadap penista Al-Quran dan Ulama.”

Selain itu, GNPF-MUI juga menggesa Presiden Jokowi supaya bersifat adil dan tidak melindungi Ahok yang jelas telah menghina agama.

Melalui kenyataan media itu juga, GNPF-MUI memaklumkan bahawa perhimpunan ini akan berlangsung selepas Solat Jumaat dan akan bermula di Masjid Istiqlal seterusnya berarak ke Istana Negara.

GNPF-MUI turut mengingatkan para peserta yang hadir supaya tidak membawa sebarang senjata tajam dan melakukan tindakan yang merosakan harta benda awam, sebaliknya perlu menjaga kebersihan semasa perhimpunan itu nanti.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty six − = 60