Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ziarahi Sheikh Dr Al-Qurrah Daghi

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, menziarahi Setiusaha Agung KUIS, Sheikh Dr Al-Qurrah Daghi, yang kini berada di Malaysia.

Dua tokoh utama KUIS yang bertemu mata di penginapan Sheikh Al-Qurrah Daghi telah bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa umat Islam serta peranan yang boleh dimainkan bagi menghadapi isu tersebut.

Setiusaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu berada di Malaysia bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Kewangan Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Dalam persidangan itu, beliau menyampaikan ucapannya yang menyentuh mengenai pasaran modal dan perbankan Islam.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

two + 4 =