Ahli Parlimen Islam Sedunia Adakan Pertemuan Bincang Isu Palestin

Ahli Parlimen Islam Sedunia Adakan Pertemuan Bincang Isu Palestin
Oleh: Asmaa Yusof


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Islam Sedunia hari ini telah mengadakan satu pertemuan yang dihadiri oleh wakil dari Malaysia serta beberapa buah negara lain.

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang antara yang hadir dalam sesi perbincangan ini selaku tuan rumah.

Memetik sumber dari laman sosial Facebook Tuan Guru Haji Abdul Hadi, pertemuan singkat yang menfokuskan isu Palestin ini turut menjemput wakil Ahli Parlimen dari Malaysia untuk hadir ke persidangan isu Palestin yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Turut hadir sebagai wakil dari Malaysia ialah enam lagi ahli parlimen lain iaitu Yb Ustaz Idris Ahmad, Yb Ustaz Nik Mohamad Abduh, Yb Ustaz Nasrudin Hassan, Yb Dato Ustaz Khairudin Attakiri, Ustaz Khalil Abdul Hadi dan juga Ustaz Mohd Ismi Taib

Manakala ahli delegasi pula diwakili oleh enam orang wakil masing-masing Bashir DJarallah, dari Algeria Abu musameh dan Naser Abd al-Jawad dari Palestin, Muslim Imran, Pengarah PCOM, Saeed Dahshan, dan juga Bilal Sameer masing-masing ahli jawatankuasa PCOM.

Di kesempatan itu juga, penjelasan usul pindaan RUU355, Perlembagaan Persekutuan, isu Al-Quds, serta kerjasama antara ahli-ahli parlimen turut dibincangkan bersama.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ eighty nine = 90