Media Ettihad Sertai Perbincangan Meja Bulat

Media Ettihad Sertai Perbincangan Meja Bulat

KUALA LUMPUR: Media Ettihad KUIS menyertai perbincangan meja bulat antara pengamal-pengamal media sekitar Lembah Kelang yang berlangsung hari ini 29 Oktober 2016.

Perbincangan meja bulat yang diadakan itu merupakan pertemuan santai antara pengamal-pengamal media di sekitar Lembah Klang khususnya dalam kalangan generasi muda.

Antara lain, para peserta telah membincangkan bentuk-bentuk sumbangan yang boleh dilakukan secara kolektif dalam menyajikan kepada rakyat Malaysia maklumat-maklumat yang telus dan tepat berkenaan perkembangan tanahair dan antarabangsa.

Menurut pengarah urusan Media Ettihad KUIS (Kesatuan Ulamak Islam Sedunia cawangan Asia Tenggara), Encik Kamal Nazmi, penapisan maklumat yang sahih mestilah menjadi keutamaan khususnya pada era kini.

“Perkembangan di Timur Tengah merupakan contoh terbaik bagaimana media barat berperanan mencorakkan pola pemikiran pembaca tanpa kita sedari,” ujar beliau.

Dalam pertemuan sama, Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP), Encik Suhaimi Embong, menyatakan keperluan melahirkan pengamal-pengamal media yang berdedikasi dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Selain itu, wakil 1MEDIA yang turut hadir, Encik Riza, menzahirkan kebimbangan terhadap penularan budaya penyebaran maklumat tanpa tapisan ketat yang akhirnya menyebabkan budaya fitnah dan penyebaran maklumat palsu kepada masyarakat dan pengguna netizen.

Penekanan terhadap kualiti bahan yang disajikan kepada pengguna dalam usaha mendidik budaya media yang positif dalam kalangan warga netizen pula menjadi tumpuan wakil Hijau.fm yang hadir; iaitu Encik Azahari.

Perbincangan meja bulat tersebut diadakan di Restoran Ratu Sari serta telah berjaya menghimpunkan pengamal-pengamal media generasi muda di sekitar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

34 − thirty =