Politik Islam Menjamin Kehidupan Diredhai Allah SWT

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tidak akan berhenti berpolitik kerana politik adalah sebahagian daripada masyarakat.

Ketegasan beliau disuarakan dengan menyatakan politik tidak boleh dipisahkan dengan ajaran Islam kerana politik adalah sebahagian daripada syariat Islam.

Tuan Guru berkata, tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah menandakan bahawa pelaksanaan politik Islam telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda.

“Mereka yang menggunakan politik untuk Islam adalah mereka yang mengutamakan atau meletakkan Islam ditempat yang paling tinggi dan aktiviti politik itu hanya wasilah(jalan) untuk mendaulatkan Islam dan merealisasikan Islam dalam kehidupan.

“Di samping itu, melalui politik juga PAS berusaha untuk melaksanakan hukum hudud, qisas dan diyat sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Mengulas berkaitan dengan persepsi tentang politik, beliau menjernihkan persepsi segelintir masyarakat yang fobia dengan politik kononnya politik adalah kotor,

Jelasnya, momokan tersebut menyebabkan sesetengah masyarakat langsung tidak mengambil peduli akan perihal politik.

Tambah Tuan Guru, melalui politik yang mampu memperjuangkan nasib bangsa jika kena gayanya dan caranya.

“Apa yang terjadi masalahnya, kita berpolitik melampau sehingga meninggalkan akhlak.

“Tinggallah perangai yang tak baik, ini tidak elok, jangan. Semualah, saya tidak tuju kepada mana-mana parti.

“Apakah PAS parti yang dihormati dan digeruni atau parti yang sedang meniti zaman kemuraman tetapi masih tidak nampak realiti,” soal beliau kepada sidang dewan untuk difikirkan realiti yang berlaku.

Oleh : Aisyah Yamin

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = two