1Media Online Bendung Budaya Fitnah

1Media Online Bendung Budaya Fitnah

KUIS Ucap Tahniah Pelancaran 1Media Online

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR: Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia hari ini mengucapkan tahniah kepada Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP) atas kejayaan menganjurkan Majlis Pelancaran 1Media Online.

Majlis yang diadakan di Astana Banquet Hall, Cyberjaya semalam itu dihadiri sekitar 600 orang tetamu. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim dan ‘Bapa Internet Malaysia’, Dr Mohammed bin Awang Lah.

“Dengan perkembangan dan cabaran media semasa di tanah air, saya yakin sudah tiba masa khalayak disajikan dengan 1 hub sumber informasi yang berintegriti dan amanah dalam menyampaikan maklumat supaya budaya tidak sihat menyebarkan adu domba, berita separuh benar dan fitnah dapat dibendung, ” ujar Pengarah Urusan Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara), Ust Kamal Nazmi Nik Din ketika dihubungi.

Memetik ucapan aluan Tuan Haji Mohd Razain selaku pengarah majlis itu, penganjuran projek 1M bakal memanfaatkan teknologi baru di negara ini supaya dapat menjadi hub media berintegriti dan bertanggungjawab.

“Jaringan IT Prihatin Malaysia sebagai pertubuhan NGO bangkit dengan cita-cita murni mewujudkan hub media online berkonsepkan ‘tepat, telus dan terkini’,” ujar beliau lagi.

Antara produk hub 1Media ialah Portal Berita 1 Media, Radio Internet – Hijaufm, TV 1Media, Digital Studio 1Media serta banyak lagi.

Majlis gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hj. Che Abdullah B. Mat Nawi dengan penyempurnaan gimik perasmian menggunakan teknologi hologram.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty one + = fifty seven