Belajarlah Untuk Tidak Bertanya Soalan Yang Tidak Perlu

BELAJARLAH UNTUK TIDAK BERTANYA SOALAN YANG TIDAK PERLU

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Kadang kadang kasihan melihat mereka yang ada sedikit ilmu tetapi sibuk dengan persoalan persoalan metafizik akidah.

Apa yang mereka dapat daripada ilmu mereka apabila bermati-matian dalam persoalan yang tidak perlu dijawab dan ditanyakan kepada orang.

Akidah Allah tidak bertempat? Akidah Allah berada di Arasy atau langit?

Apakah ini menjadi perkara asas dalam mengenal Allah? Atau ia sebagai perkara furuk dalam akidah?

Ketika kalian berbahas tentang ini, apakah ilmu yang berkembang atau cemburu dan rasa iri hati berkembang? Ketika kalian berbahas tentang ini, apakah permusuhan yang dihapuskan atau ukhuwwah diputuskan?

Tidak cukupkah al-Quran sebagai panduan ilmu tentang Allah dan ghaib? Hebat sangatkah akal sehingga membicarakan perkara perkara yang tidak difardukan kita untuk dijadikan tangga sebagai ahli ilmu?

Lihatlah Imam As-Siddiqin seperti Abu Bakar RA, apakah ilmu ini menjadikan beliau mulia? Atau risalah dan perjuangan Nabi untuk ditegakkan?

Lihatlah Imam Saidina Umar Al-Khattab? Adakah di mana Allah yang dibahas mendalam untuk memenangkan Islam?

Lihatlah seperti Muaz bin Jabal, Abddulah bin Umar, Abdullah bin Amru atau generasi mereka menyeru kepada apa?

Musuh yang dilawan Imam Hassan As-Syaari adalah benih-benih kesesatan falsafat yang mengelirukan akidah. Lalu diguna falsafat memudahkan menghapus falsafat sesat.

Musuh yang ditembungi Ibnu Taymiah adalah perpecahan umat yang mula mengasingkan Islam dengan perjuangan.

Namun mereka tidak juga maksum, tapi sudah selamat bertemu Yang Maha Agung.

Belajarlah untuk tidak bertanya soalan yang tidak perlu. Belajarlah untuk diam supaya perdamaian ukhuwwah islam boleh berkembang.

Aku, kamu dan mereka, bersama-sama bersyahadah Allah Tuhan Yang Satu dan Muhammad Pesuruh Allah yang menjelaskan Risalah yang jitu.

Rasulullah datang untuk pencerahan. Bukan datang membawa kekeliruan.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

27 − twenty five =