Membaca Quran, Tetapi Berhenti Di Kerongkong Sahaja

“Diakhir zaman kau akan bertembung dengan golongan yang membaca Quran, tetapi ia hanya terhenti di kerongkong sahaja.”

Antara ucapan Nabi saw terhadap Saidina Ali merujuk kepada Khawarij. Walhal pada asalnya mereka adalah kumpulan yang kuat menyokong Khalifah Ali.

Kita baca Quran, kita pertahan kepimpinan Ulamak. Apakah tidak mustahil kita juga akan lawan apa yang kita sokong?

Mengapa terjadi begitu? Kerna kita tidak memahami kandungan Al Quran. Hanya sokong tanpa kukuhkan ilmu lalu kita bosan akhirnya memberontak. Menyebabkan keluar ucapan :

لو قتلنا ائمة الضلالة لارحنا العباد

Signal kepada tindakan tanpa asas, yang penting mahu selesai masalah ikut otak sendiri. Mungkin juga terlalu ikut cakap orang berbanding mentadabbur Al Quran.

Al-Ĥijr:94 – Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

P/s : sekadar coretan sambil merenung sirah.

Ya Allah, kuatkanlah pegangan kami dan tetapkan kaki kami atas jalan kebenaran.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty two − seventy two =