Pembunuhan Pemuda Kashmir Cetuskan Kekacauan

Khasmir: Seorang pemuda berusia 19 tahun dilaporkan maut apabila tentera kerajaan India telah dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menuntut kebebasan dari pemerintah di wilayah bergolak, Kashmir.

Menurut salah seorang pegawai polis, pemuda tersebut meninggal dunia di kawasan barat laut Sopore pada Jumaat lalu selepas tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang didakwa menyerang sebuah konvoi tentera dengan batu.

Walau bagaimanapun, penduduk dan ahli keluarga mangsa menjelaskan bahawa Waseem Ahmad bekerja di kebunnya semasa tembakan berlaku.

Menurut sepupu beliau, Abdul Rasheed Lone, tiada sebarang provokasi berlaku semasa tembakan dilepaskan.

“Semasa kejadian tersebut, Waseem bersama beberapa orang pemuda lain menuju ke sawah padi untuk membantu bapa saudaranya apabila empat kenderaan tentera melepaskan tembakan ke arah beliau,” ujar Lone terhadap Al-Jazeera.

“Tiada sebarang protes berlaku. Beliau dibunuh tanpa sebab,” ujarnya lagi.

Menurut Dr. Masood, beliau meninggal dunia di tempat kejadian apabila tembakan peluru tepat mengenai jantungnya.

Akibas kes pembunuhan ini, penunjuk perasaan mengadakan protes jalanan dengan melaungkan “kami mahukan kebebasan” sehingga mengakibatkan pertempuran dengan sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan cedera.

Terjemahan & Olahan: Asmaa Yusof

( Pautan asal: http://www.aljazeera.com/news/2016/09/kashmir-protests-erupt-youth-killed-army-160924060836781.html )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty two + = 70