Narcisisuss Si Pencinta Diri Yang Merosakkan

SELF-CENTRIC DALAM ZAMAN MILENIUM SIRI 3: NARCISISUSS SI PENCINTA DIRI YANG MEROSAKKAN

Dalam mitos Greek, Narcisissus anak Dewa Sungai Cephissus dan Dewi Liriope merupakan seorang yang sangat kacak. Kekacakannya menarik hati Dewi Gunung bernama Echo.

Echo sentiasa mengikuti Narcisissus yang tampan. Narcisissus rimas dan menghalau Echo. Akibatnya, Echo patah hati dan hidup bersendirian.

Dewi Dendam bernama Nemesis mendapat tahu cerita ini dan bertekad membalas dendam. Nemisis menggoda Narcisissus ke kolam agar Narcisissus memerhatikan dirinya.

Narcisissus terperanjat melihat kolam mempunyai imej yang sangat tampan. Narcisissus mencintai imej itu. Beliau sangat cintakannya dan memerhatinya dari hari demi hari.

Narcisissus hanya meminati imej tersebut sehingga beliau tiada keinginan untuk meneruskan hidupnya melainkan dengan melihat imej tersebut. Ketika ini, imej tersebut adalah nyawanya. Narcisissus hanya menatap kolam tersebut sehinggalah kematiannya. Padahal imej itu adalah dirinya.

Sikap Narcisissus ini diabadikan dalam cerita-cerita Greek, dibukukan dan dilakonkan. Nama Narcissus diabadikan dalam teori moden yang disebut Narcisissme. Teori yang menggambarkan personaliti seseorang yang cintakan dirinya dan menatap dirinya setiap hari.

Teori ini wujud dalam ilmu Psikologi dan dipopularkan oleh Sigmund Frued. Beliau menggambarkan sikap cinta diri yang tidak terkawal merupakan penyakit psikologi. Oleh demikian, beliau mencadangkan konsep ‘Berkongsi Narcisissme’ agar masing-masing dapat meluahkan diri masing-masing dan membina pemahaman terhadap rakan-rakan dan kenal-kenalan.

Kini, istilah Narcisissme diistilahkan kepada pengguna internet yang sibuk memerhatikan dirinya dalam Facebook, Tweeter, Instagram dan Myspace. Narcisissme adalah seperti dadah yang menimbulkan ketagihan melihat dirinya dan sentiasa mempromosi dirinya dalam internet.

Facebook adalah contoh paling jelas yang memerangkap dirinya sehingga terpaku memerhatikan dirinya seumpama Narcisissus yang sentiasa menatap wajah tampannya sehingga akhir hayatnya. Pengguna Facebook yang Narcisiss sangat gemar meng’update’ statusnya dan kerap ‘post’ dalam lamannya agar mendapat ‘likes’ terbanyak dan ‘shares’ yang boleh menjadi viral.

Ia merupakan penyakit yang merosakkan dari sudut psikologi dan boleh juga merosakkan perilakunya. Pengguna Facebook yang Narcisiss akan bersifat tiada malu semata-mata untuk mendapat perhatian ramai. Malah, sanggup berdegil apabila ada rakan menegur ‘posting’nya yang tidak disenangi.

Narcisiss mencari-cari idea yang pelek bagi mencari tempat dalam laman Facebook. Apabila sudah mendapat tempat, Narcisiss tidak kisah jikalau dirinya dipergunakan untuk kepentingan golongan Narcisiss yang lain. Mereka akan bersama-sama ‘likes’ dan ‘shares’ agar sama-sama mendapat tempat. Mereka akan membentuk kumpulan Narcisiss yang bakal meroboh sempadan etika dan sempadan malu semata-mata mencintai dirinya a.k.a. Self-Centric.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

one + two =