“Mother Refugees”: Kisah Benar Ibu Pelarian

LUBNAN – Empat orang pelarian wanita yang kini berada di Lubnan telah menghabiskan masa membesarkan anak-anak mereka di kem pelarian, dengan harapan untuk kembali semula ke tanah air suatu hari nanti.

Dima Al-Joundi, salah seorang penerbit profesional dalam bidang perfileman mula menukilkan pengalaman hidup keempat-empat mereka dalam satu filem yang bertajuk “Mother Refugees”.

” Pertama kali saya membuka mata, kami berkejaran dari rumah ke rumah apabila mendengar letupan bom,” ujar beliau yang lahir di Lubnan semasa perang meletus; kemudiannya meneruskan pelajaran ke Belgium.

Salah seorang dari mereka ialah Mariam As-Sakka yang meninggalkan Palestin selepas dua bulan negaranya dikuasai oleh rejim zionis Israel pada tahun 1948.

” Saya masih ingat bagaimana susahnya membesarkan anak perempuan saya. Hidup ini memerlukan pengorbanan. Saya lakukan pelbagai kerja; menjual jagung di kawasan rumah dan membuka kedai kek.”

“Saya bekerja bagaikan seorang lelaki. Benar, lelaki pelindung bagi seorang wanita akan tetapi sekiranya suami kita meninggal, perempuan terpaksa meneruskan hidup mereka sendiri.”

“Perempuanlah yang akan menggalas tugasan seorang suami. Jika tidak kuat, anak-anak akan ketinggalan,” ujar Mariam menceritakan pengalaman yang dilalui beliau.

Selain itu, Nahla Kolazar, pelarian Kristian dari Syria turut mengalami nasib yang sama. Nahla berlindung di Lubnan sejak dua tahun lalu.

Manakala yang lainnya, Torkia Omar Bakr dan keluarganya; pelarian dari Syria yang kini cuba membantu pelarian lain.

“Kami merasai penderitaan mereka kerana kami telah melaluinya dahulu,” ujar beliau.

Turut diceritakan mengenai kisah Kholoud Az-Zahra yang juga merupakan pelarian yang tiba di Lubnan sembilan bulan lalu.

Perjalanan cerita “Mother Refugees” adalah adaptasi daripada kisah pedih setiap para ibu ini, yang terpaksa melakukan pelbagai kerja berat demi meneruskan hidup dan menyara anak-anak mereka.

Besar harapan mereka untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.

Terjemahan & Olahan: Asmaa Yusof

(Pautan asal: http://www.aljazeera.com/programmes/aljazeeraworld/2015/09/lebanon-mother-refugees-150909083042413.html )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

ninety one − = eighty nine