Laksanakan Tanggungjawab Mengundi!

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI!

Oleh : Aisyah Yamin

Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.

Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih. Anda juga tidak layak mencemuh begitu dan begini perihal negara anda kerana anda jelas rakyat yang tidak bertanggungjawab !

Pentingnya mendaftar sebagai pemilih dan turun mengundi khususnya para pemuda belia, pelajar dan para petugas amal islami, supaya kita memahami bahawa kehidupan masyarakat khususnya umat Islam pada hari ini, dalam berbagai bidang telah diresapi dan dijangkiti nilai-nilai dan racun perosak yang dibawa oleh perancangan rapi barat bagi memporak perandakan kehidupan umat Islam.

Peningkatan berbagai bentuk gejala sosial dan kegersangan integriti kepimpinan yang menggerunkan kita pada masa ini sebenarnya lahir dari sifat tidak peduli rakyat. Kenapa tidak mahu daftar pemilih? kenapa tidak turun mengundi?

Kebanyakan orang Islam masih tidak jelas kedudukan demokrasi, pilihan raya dan politik moden hari ini dari perspektif agama mereka sendiri. Akibat ketiadaan asas agama yang mantap, dan akibat ceteknya mengkaji politik semasa, tidak kurang anggota masyarakat Islam memandang remeh pilihanraya dan tanggungjawab keluar pergi mengundi untuk memilih pemimpin.

Apa tidaknya, ramai sekali yang percaya bahawa “politik itu kotor” atau “politik itu bikinan manusia” sedang “agama itu suci” atau “agama itu dari Tuhan”. Allahu Akbar !

Pilihanraya dan mengundi; apa ertinya? Pilihanraya bertujuan memberi setiap rakyat yang layak untuk memilih pemimpin. Oleh kerana pilihanraya itu berjalan secara aman dan menurut asas-asas demokrasi, maka ia mestilah diberikan keutamaan dalam memilih calon pemimpin dan parti yang memerintah.

Tujuannya ringkas tetapi penting, MENGUNDI
SEBAGAI IBADAT AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR
(Tegak kebaikan, buang kemungkaran dan kezaliman) !

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

57 + = sixty three