Kedah Tempat Pertemuan Para Pelayar, Pedagang Dan Pendakwah

KEDAH TEMPAT PERTEMUAN PARA PELAYAR, PEDAGANG DAN PENDAKWAH

Oleh : Dr.Wahibah Tahir

Sumber sejarah menunjukkan bahawa perjalanan dagang kaum Muslim Arab semakin lama bertambah banyak dan kuat pada abad kelapan ke Canton (China).

Sejak itu juga, hubungan bangsa Arab dan Melayu juga turut berlangsung dengan kuat. Mata wang yang digunakan di Baghdad tahun 848 (zaman Khalifah Al-Mutawakkil bin Al-Muktasim) ditemui di Kedah. Merekalah yang membawa wang tersebut sebagaimana mereka membawa Islam ke wilayah ini melalui Kemboja.

Kedah merupakan tempat pertemuan para pelayar, pedagang, dan para pendakwah. Ibn Kurdazbah menyebut bahawa Kedah adalah kota besar sebagaimana Melaka.

*Petikan dari buku Sejarah Islam di Timur Jauh karangan Al-Habib Alwi in Tahir Al–Haddad.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

nineteen − = 13