Self-Centric Dalam Zaman Melenium Siri 1

SELF-CENTRIC DALAM ZAMAN MILENIUM SIRI 1: MUHASABAH SELF-CENTRIC SAMA ADA BAIK ATAUPUN BURUK

Self-Centric bermaksud berpusatkan diri. Ia memberi makna keakuan dan sikap individualistik. Melalui kemajuan internet dan komunikasi, self-centric banyak berkembang terutamanya melalui jaringan media sosial.

Jaringan media sosial yang membangunkan self-centric terlalu banyak. Antaranya adalah facebook, tweeter, youtube, instagram dan smule. Jaringan media sosial ini adalah landasan paling berkesan seseorang memperkenalkan diri sehingga dikenali.

Jaringan media sosial ini paling diminati oleh anak-anak muda. Mereka bercerita di media sosial dan mencari populariti diri. Oleh kerana ingin mendapatkan rating yang tertinggi, anak-anak muda mula menghala ke arah self-centric. Perceritaan banyak kepada diri sendiri dan perkembangan diri. Boleh dikatakan, platform media sosial banyak membuka ruang self-centric.

Tambahan pula, komunikasi digital makin berkembang. Telefon sudah boleh dicapai ke internet dan disambung ke media sosial. Ini menyebabkan bercerita berkenaan diri dari hari ke hari sangat mudah. Di mana-mana pun boleh bercerita mengenai diri. Malah, telefon semakin canggih dengan kamera dan video menyebabkan mudah untuk berselfie dan mengambil video.

Kamera di tangan sangat mudah untuk mengambil gambar diri a.k.a berselfie. Gambar terus dimuatkan dalam facebok, tweeter dan paling popular adalah instagram. Semuanya adalah berpusatkan diri a.k.a. self-centric.

Inilah kemajuan dalam zaman Milenium. Banyak perubahan berlaku pada zaman ini yang tiada pada zaman sebelumnya. Tambahan pula, banyak pula rancangan realiti di televisyen disediakan untuk seseorang menunjukkan kemampuan diri yang juga merupakan self-centric.

Promosi diri dalam rancangan realiti membabitkan rancangan realiti nyanyian seperti Akademi Fantasia, rancangan realiti dakwah seperti Imam Muda dan rancangan realiti hafal al-Quran seperti Hafiz Muda. Sangat memberi peluang kepada self-centric.

Malah, self-centric adalah realiti zaman Milenium membesarkan cerita mengenai diri dan hanya dirinya sebagai tumpuan. Tinggal sahaja untuk kita bermuhasabah dengan menilai sama ada perkembangan self-centric ini baik atau buruk. Kita perlu bertanya: bagaimanakah pandangan agama mengenai perkembangan ini? Apakah implikasi terhadap hidup bermasyarakat?

Sebenarnya, perkembangan self-centric ini tampak bagaikan neutral. Dalam erti lain, self-centric tidaklah dihalang oleh agama dan rasional akal manusia tidak beranggapannya bersalah. Mungkin, self-centric adalah harus. Namun, self-centric ini sangat berkaitan dengan kandungan yang dipaparkan.

Jikalau kandungan self-centric mengenai kebaikan, self-centric ini boleh dianggap baik. Sebaliknya, jikalau kandungan self-centric mengenai sesuatu yang buruk seperti mempromosikan tindakan jenayah a.k.a. delinquen, self-centric ini boleh dianggap baik.

Oleh demikian, sikap self-centric dalam media sosial dan media massa boleh dianggap sebagai neutral. Namun, ia boleh dinilai dengan melihat kandungannya sama ada baik ataupun buruk. Contohnya, program dakwah Millenia boleh dianggap baik jikalau kandungannya baik. Namun, jikalau kandungannya adalah kemaksiatan, program itu tidaklah baik. Begitu juga dengan selfie dalam media sosial. Boleh jadi baik dan boleh juga buruk.

Selain itu, self-centric boleh dinilai baik atau buruk berdasarkan natijah akhir. Jikalau self-centric menatijahkan buruk, maka buruklah self-centric tersebut. Sebaliknya jikalau self-centric ini menatijahkan kebaikan, ia merupakan yang baik. Contohnya, jikalau selfie berkaitan diri menatijahkan perbalahan dan prasangka sesama Muslim, selfie sedemikian adalah buruk. Sebaliknya, jikalau selfie tersebut menatijahkan kebaikan seperti mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan bergambar sekeluarga, ia adalah baik.

Rumusannya, self-centric dalam media sosial dan media massa adalah neutral iaitu tidaklah baik secara mutlak dan tidaklah buruk secara mutlak. Ia sangat bergantungan kepada kandungan dan natijah akhir. Oleh demikian, semua orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti self centric dalam media sosial dan media sosial masih terbuka untuk bermuhasabah dari sudut kandungan dan natijah akhir.

Itulah sahaja yang boleh dinilai dan bermuhasabah secara zahir. Apapun motif self-centric adalah terpulang kepada diri seseorang itu dengan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Nabi SAW :

إني لم أؤمر أن أنقب عن قلوب الناس

(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya: Sesungguhnya daku tidak diarah menyelidiki hati-hati manusia.

Dr Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

66 + = seventy four