Khutbah Jumaat : Doa Yang sangat Penting

khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Doa yang sangat Penting
16 Sept 2016

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ, عِوَجَا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَن مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، نَبِيِّ الَّرحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ, وَنَصَرَهُ, وَوَالَاهُ,.

أَمَّا بَعْدُ :

فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar dan memahami Firman Allah SWT:

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ * وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ * أُولَٰئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا ۚ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ *
[سورة البقرة:200-202]

200- Maka apabila kamu selesai menunaikan amalan haji, ingatlah akan Allah seperti kamu mengingati bapa-bapa kamu atau lebih mengingati Allah. Maka ada di antara manusia itu berkata, “Ya Tuhan kami, berilah kami(kebaikan) di dunia. Maka (kerana doa itu), tiadalah untuk mereka ganjaran di akhirat.

201- Ada pula di antara mereka yang berkata, ” Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

201- Untuk mereka itu ganjaran(pahala) dari usaha mereka dan Allah segera memperhitungkannya

Ayat ini mendedahkan orang-orang Arab yang masih lagi berperangai dengan perangai jahiliyyah walaupun dalam keadaan mereka percaya kepada Allah SWT yang menjadikan seluruh alam, tetapi kecintaan mereka kepada Allah SWT sangat lemah. Mereka lebih sayangkan ibubapa mereka sehingga setelah mengerjakan ibadat haji, ibadat yang disanjung oleh mereka, menyambung syiar ibadat yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim AS. Dalam keadaan begitu rupa mereka masih lagi berbangga dengan ibubapa, meminta kelebihan dan kesenangan hidup dunia bagi diri, keluarga, harta benda dan lain-lain.

Mereka melupai adanya kehidupan dihari akhirat. Mereka tidak menyedari kehidupan dunia adalah sementara waktu sahaja, kehidupan akhirat kehidupan salama-lamanya yang kekal abadi. Akhirnya samada seseorang itu ke syurga selama-lamanya ataupun ke neraka selama-lamanya yang kekal abadi. Namun mereka tidak nampak adanya hari akhirat kerana kelemahan mereka beriman kepada hari akhirat.

Maka Allah SWT mandedahkan perangai orang-orang Arab Badwi yang masih lemah iman mereka, mengambil peluang berdoa untuk kesenangan di dunia sahaja, supaya tanaman mereka subur, sentiasa turun hujan yang menyuburkan bumi, supaya perniagaan mereka dapat untung, mendapat anak-anak dan zuriay yang cantik, isteri yang cantik dan kehidupan yang mewah. Mereka lupa bahawa kehidupan dunia adalah sementara waktu sahaja.

Allah SWT mendedahkan bahawa di sana ada orang-orang yang beriman bersama dengan Rasulallah SAW menjadi contoh kepada umat Islam sehinggan hari kiamat. Mereka yang mengambil peluang daripada mengerjakan ibadat, khususnya ibadat haji berdoa kepada Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

(Maksudnya) : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.

Maka para sahabat yang berilmu tidak meniggalkan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran ini. Dalam apa-apa doa sekalipun, mereka masih menyebut رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ , meminta kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta dipelihara daripada azab neraka. Kebaikan dunia bagi diri, kesihatan dalam keadaan bertakwa kepada Allah SWT, mengerjakan amal yang soleh, dipanjangkan umur dengan amal yang soleh dan kesihatan bertakwa kepada Allah SWT. Dikurniakan harta-benda yang diberi keberjatan, kenderaan yang boleh pergi ke sana ke mari, mudah melakukan kerja-kerja kebajikan, rumah yang banyak memberi keamanan yang memberi peluang untuk sentiasa ingat kepada Allah SWT. Menjadi orang yang bersyukur yang lebih afdal daripada menjadi orang-orang yang bersabar. Walaupun kedua-duanya syukur dan sabar mempunyai kelebihan.

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ * [سورة سبا:13]

13. dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu Yang bersyukur.

Banyak orang yang bersabar, sedikit orang yang bersyukur. Mereka yang diberi kebaikan dunia peluang untuk bersyukur kepada Allah SWT.

Nabi SAW juga sentiasa berdoa:

اللهُم رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

(Maksudnya) : Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.

Walaupun baginda adalah Rasulallah, yang dipelihara oleh Allah SWT daripada keburukan dan maksiat serta dikawal oleh Allah SWT dan dijamin syurga, namun tidak melupai dengan doa tersebut.

Disebut di dalam hadis bahawa Nabi SAW telah menziarahi seorang pemuda daripada kalangan sahabat yang sakit tenat dalam keadaaan uzur. Lalu baginda SAW bertanya kepadanya, “apakah yang kamu minta kepada Allah disaat begini?” pemuda itu menjawab, “saya berdoa,wahai Tuhanku, sekiranya saya berdosa, segerakanlah hukuman saya di bumi ini, jangan hukum di akhirat.” Maka Nabi SAW telah menegurnya, “jangan berdoa begitu, kamu tidak akan mampu menghadapi ujian di dunia sepenuh-penuhnya. Ingat, dengan doa itu, berdoalah dengan رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka)”.

Tiba-tiba Allah SWT menyembuhkan pemuda itu daripada penyakitnya.

Doa yang sangat penting yang diajar oleh Allah di dalam al-Quran Karim mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa kepadanya supaya mendapat kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.
بِسْمِ اللهِ الرَحمَّنِ الرَحِيمِ.
وَالْعَصْرِ * إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ *
[سورة العصر:1-3]

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian –
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

three + one =