Fenomena Artis/ Selebriti Kembali Rosak Selepas Bertaubat

NAQIB: Dakwah hari ini lebih tekankan “audience” berbanding prinsip dakwah. Bila artis/selebriti bertaubat, kita pun angkat dia merata-merata.
AHLI USRAH: Banyak saya tengok macam tu. Ramai ambil mudah dengan Islam Pop/Politik Pop.
NAQIB: Dalam Islam, taubat seseorang sepatutnya disembunyikan. Bukan disensasikan. Tengok bila dah angkat banyak-banyak, dia rosak balik, mula lah kita nak lepas tangan. Awal-awal masa dia nak ke Islam, kita rosakkan dia dengan perhatian.
AHLI USRAH: Betul. Orang agama pun boleh kalah dengan perhatian, ini kan pula orang yang baru nak bertaubat.
NAQIB: Patutnya perlahan-lahan bawa dia ke Usrah, Liqa, Tamrin. Mereka inginkan ketenangan agama. Kita jangan gunakan mereka.

 

Oleh : Syafiq Al-Jitrawy

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 1 = two