Salafiphobia Merupakan Perancangan Musuh Islam

ISU KHILAF ADALAH SENJATA SEKULAR MENIKAM ISLAMIS SIRI IV: SALAFIPHOBIA MERUPAKAN PERANCANGAN MUSUH ISLAM

Salafiphobia sudah masuk fasa baru di Malaysia dengan cadangan pengharaman karya-karya Ibnu Taymiyyah. Fasa ini dengan mengaitkan karya-karya Ibnu Taymiyyah dengan istilah ekstremisme dan keganasan yang dibangkitkan oleh Amerika Syarikat.

Istilah ekstreamisme dan keganasan menjadi perhatian dunia sejak peristiwa serangan tiga kapal terbang yang dirampas merempuh Pusat Dagangan Antarabangsa di New York, Pusat Keselamatan Amerika Syarikat Pentagon dan hampir mengenai Pusat Pentadbiran Persekutuan Rumah Putih. Peristiwa ini digelar 911 kerana berlaku pada 11 September 2001 dan merupakan panggilan kecemasan ke arah perang terhadap keganasan.

Sepatutnya, peristiwa ini dikaitkan dengan agenda pembasmian golongan Salafi memandangkan Osama ben Laden yang tertuduh berakidah Salafi dan terus dikaitkan dengan Kerajaan Arab Saudi. Memandangkan Arab Saudi merupakan sekutu kuat Anerika Syarikat, tertuduh hanyalah Osama ben Laden bukan Arab Saudi.

Tujuan utamanya adalah ke arah Salafiphobia agar dapat merobek umat Islam dengan persengketaan mazhab berpanjangan tetapi Amerika menumpukan ke arah Osama ben Laden dan kemudiannya Taliban yang bersekongkol dengan rangkaian al-Qaedah.

Selepas sedekad perang terhadap keganasan, rangkaian al-Qaedah telah lumpuh dan timbul gerakan keganasan baru yang menumpu di Iraq dan Syria bukan satu gerakan antarabangsa. Gerakan baru ini menggelarkan dirinya Islamic State of Iraq and Syria dengan jolokan ISIS dan Daesh. ISIS diperkatakan berakidah Salafi dan mendapat tajaan Arab Saudi. Akibatnya, akidah Salafi yang dikaitkan dengan ISIS dikaitkan dengan keganasan dan ekstremisme. Kaitan ini diwarwarkan seluruh dunia oleh agensi anti keganasan Amerika yang boleh didapati dalam jurnal-jurnal online terutamanya jurnal Counter Terrorism.

Sebenarnya, anti keganasan adalah Salafiphobia dengan mewujudkan perseketaan terhadap kumpulan Salafi. Apabila kumpulan Salafi dapat dikaitkan dengan keganasan, ia akan mewujudkan perang panjang antara golongan Salafi yang disebut Fundamentalis dan golongan al-Ashairah yang disebut Traditionalis.

Strategi perang panjang ini pernah digariskan oleh agensi penyelidikan Rand Corporation yang disebut perseteruan antara Fundamentalis dengan Traditonalis yang sebenarnya merupakan Salfiphobia. Pendek kata, Salafiphobia merupakan tajaan Amerika semata-mata yang bermula seawal zaman Melinium dan berpanjanfan sehingga sekarang. Musuh Islam cukup gembira pentempuran Salafiphobia ini kerana perang ini tidak mungkin memakan masa setahun dua bahkan berdekad-dekad yang bakal mengorbankan nyawa ramai Muslim atas alasan perang terhadap keganasan dan ekstreamisme.

Sepatutnya, karya Ibnu Taymiyyah bukan dibaca cara prejudis tetapi dibaca dengan ilmiah dan kritikal. Jikalau benar tidak bersetuju dengan karya Ibnu Taymiyyah, bukan pengharaman buku itu dibuat tetapi menyatakan antara baik atau buruk, benar atau salah dengan cara yang ilmiah dan bertanggungjawab. Semua ini adalah bagi mengelak dari eksploitasi mazhab sebagai penyebab perang saudara yang prejudis terhadap mana-mana gerakan Islam. Berdamailah dan elakkan buruk sangka.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 39 = forty seven