Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Asia Tenggara) Lancar Berita Versi Bahasa Inggeris

Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Asia Tenggara) Lancar Berita Versi Bahasa Inggeris
Oleh: Asmaa Yusof


KUALA LUMPUR– Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Asia Tenggara) hari ini bakal melancarkan berita versi Bahasa Inggeris bagi menyemarakkan lagi momentum penyebaran informasi terkini dalam memelihara identiti agama Islam yang sebenar serta menguruskan isu-isu berkaitan agama tanpa sebarang pengaruh mana-mana kerajaan, puak atau kumpulan.

Sebelum ini, Laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia sudah mempunyai pautan artikel dalam versi Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab.

Terbaru, Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Asia Tenggara) juga baru sahaja melancarkan saluran Youtube ‘Ettihad News Channel’ (ENC) pada bulan lalu dan kini saluran versi Bahasa Inggeris bakal melengkapkan lagi saluran web ini.

Page rasmi Kesatuan cawangan Asia Tenggara yang membawa pendekatan penulisan-penulisan ilmiah bagi membetulkan kefahaman mengikut garis panduan Islam serta menyedarkan ummah berkenaan isu-isu penting dilihat bakal menjadi rujukan terutama dari luar negara apabila penulisan versi Bahasa Inggeris bakal diperkenalkan.

Besar harapan pihak media semoga pelancaran ini berjaya merealisasikan matlamat penubuhan Web ini. Web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Asia Tenggara) boleh diikuti di alamat http://ulamasedunia.org/2016/06/01/pengenalan-kesatuan-ulamak-islam-sedunia-kuis/.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− three = 1