Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza Setelah Diserang Roket

TEBING BARAT: Tentera Regim Israel telah melepaskan peluru berpandu ke arah utara Semenanjung Gaza minggu lalu setelah sebuah roket dilancarkan dari wilayah Palestin ke selatan Israel yang tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan.

Dalan satu kiriman di media sosial, seorang jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa seorang remaja Palestin berusia 17 tahun telah mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki akibat terkena serpihan semasa serangan yang berlaku Ahad malam di beberapa kawasan di bahagian utara.

Seorang jurucakap tentera Israel, Peter Lerner, berkata tentera Israel melancarkan serangan tersebut bagi membalas serangan roket yang didakwa didalangi oleh Hamas yang kini mentadbir Gaza, wilayah dikelilingi dinding tinggi itu.

“Sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza, IAF (Tentera Udara Israel) dan kereta kebal mensasarkan dua penempatan Hamas di utara Semenanjung Gaza,” kata Lerner dalam satu kenyataan, menurut agensi berita AFP.

Walau bagaimanapun, tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab berkenaan roket yang dilancarkan ke bandar Israel di selatan Sderot itu.

Pada 2 Julai lalu, serangan udara telah dilakukan oleh Regim Israel ke atas empat kawasan di Gaza selepas satu serangan roket mengenai sebuah bangunan di Sderot.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Israel telah menamatkan penghantaran kekal tenteranya di Semenanjung Gaza pada tahun 2005 dalam satu langkah yang didakwa sebagai ‘Pengunduran Dari Gaza’.

Walau bagaimanapun, kawasan itu masih boleh diduduki agar Israel dapat mengekalkan kawalan ruang udara, laut dan semua akses kenderaan, menyekat perdagangan dan pergerakan bebas untuk dua juta penduduk di wilayah itu.

 

Terjemahan & Olahan: Akhir Muhammad

(Pautan asal http://www.aljazeera.com/news/2016/08/israeli-air-strikes-pound-gaza-rocket-attack-160821212419200.html )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ fifty eight = sixty eight