Lajnah Al-Quds Malaysia Main Peranan Penting Dalam Isu Palestin

ISTANBUL – Timbalan pengerusi Lajnah Al-Quds Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Ustaz Ismi Muhammad Taib, dalam satu wawancara bersama saluran TV Al-Aqsa dan saluran TV Al-Quds menegaskan Malaysia telah memainkan peranan dalam isu Palestin yang menjadi fokus utama umat Islam kini.

Menurutnya, Lajnah Al-Quds telah ditubuhkan di Malaysia di bawah Lajnah Al-Quds Kesatuan Ulamak Islam Sedunia bagi sama-sama menggalas tanggungjawab terhadap tanah suci umat Islam itu.

Mereka juga telah membantu mengumpulkan dan menyampaikan sumbangan-sumbangan pelbagai pihak kepada golongan yang memerlukan di Palestin.

Tambahnya lagi, Lajnah Al-Quds di Malaysia telah turut menjalinkan hubungan dengan banyak organisasi dan yayasan yang memberi fokus kepada isu Al-Quds selain menggerakkan para khatib serta golongan ilmuan supaya menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan Baitulmaqdis serta kedudukannya di sisi umat Islam.

Di samping itu, Lajnah Al-Quds juga menjadi pemudahcara serta penganjur seminar serta ceramah berkaitan Palestin dengan menjemput penyampai dari luar negara; malahan, negeri Terengganu Darul Iman pernah menjadi tuan rumah Ijtimak ‘Alami Wa Qudsaah yang menyaksikan penyertaan ribuan dari dalam dan luar negara.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty five − = sixteen