Belasungkawa Pemergian Sukarelawan Web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR– Pihak Pejabat Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Asia Tenggara) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ustaz Muhammad Saiful Azim bin Hairuddin atas pemergiannya ke rahmatullah pagi tadi.

Allahyarham merupakan salah seorang sukarelawan organisasi web Kesatuan dan aktivis gerakan Islam yang disegani ramai.

Allahyarham berusia 23 tahun telah disahkan meninggal akibat terjatuh pagi tadi serta telah terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Pihak pejabat Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham melalui biro kebajikannya.

Pihak Pejabat Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Asia Tenggara) mendoakan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhadak dan solihin; serta mendoakan ahli keluarga beliau dikurnikan kekuatan menghadapi ujian kehilangan orang yang tersayang ini. Al-Fatihah.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty four − = 47