Pertarungan Mazhab Di Mana Kesudahannya

WACANA GLOCAL 1.0 GAMIS: PETIKAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD

PERTARUNGAN MAZHAB DI MANA KESUDAHANNYA?


Ketika zaman perkembangan mazhab, pencemaran pemikiran belum lagi kritikal. Oleh kerana umat Islam membuka wilayah yang begitu besar ke serata dunia, sehinggalah falsafah-falsafah terutamanya Greek dan Yunani masuk bertanya tentang persoalan-persoalan yang berkaitan dengan zat ketuhanan.

Secara ringkasnya apa yang berlaku ketika itu ada sekelompok yang begitu semangat menyambut wacana-wacana falsafah tersebut, seolah-olah Islam itu perlu inklusif ada keterbukaan untuk memberi ruang kepada idea-idea falsafah ini.

Ketika zaman falsafah Yunani dan Greek mula masuk inilah, pada peringkat awal ulamak memberikan amaran kepada masyarakat tidak terlibat dengan wacana-wacana yang diadakan, kerana ianya memberikan publisiti murahan untuk meraikan pemikiran falsafah mereka yang mengelirukan.

Antara para ulamak yang menyatakan sedemikian adalah Imam Syafie. Ketika itu ilmu logik falsafah dikenali sebagai ilmu kalam. Imam Syafie sehingga mengatakan bagi sesiapa yang terlibat dengan ilmu kalam ini sepatutnya disebat dan dibawa keliling kota serta diisytiharkan bahawa inilah akibat mereka yang mencemarkan imej Islam.

Antara sebab para ulamak melarang selain daripada pemikiran-pemikiran falsafah tersebut diberi publisiti, keadaan mereka yang terlibat juga tidak mempunyai kesediaan. Asalnya nak berlawan hujah tetapi banyak perkara lagi tidak dipelajari, akhirnya hanyut dengan pembawakan pemikiran-pemikran tersebut.

Al-Quran menceritakan bagaimana perihal Nabi Musa menghadapi musuh :

قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُكَذِّبُونِ.

Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

Nabi Musa gagap dari segi percakapannya walaupun isi-isi hujahnya (wahyu) ada padanya. Maka selepas itu barulah Allah melantik Nabi Harun untuk bersama Musa AS :

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ.

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.”

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ.

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

Pengajarannya adalah tidak semestinya kita menghadapi golongan-golongan seperti ini kita perlu bertembung sedangkan kita tidak mempunyai persediaan yang cukup, akhir sekali kalah tidak dapat membalas hujah mereka, mengakui dan turut menyebarkan fahaman mereka.

Catatan Oleh : All Muizz Abbas

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

44 − thirty six =