Perbezaan Fikiran Dan Akidah

PERBEZAAN FIKIRAN DAN AKIDAH
Oleh : Saiful Azim


Antara fikiran dan akidah (kepercayaan) terdapat perbezaan yang besar, walaupun pada zahirnya kelihatan sama. Fikiran atau pendapat itu hanya menjadi ilmu pengetahuan, sedangkan akidah terhunjam ke dalam hati dan meresap kedalam jiwa dan semangat.

Suatu pendapat dianggap betul walaupun pada hakikatnya salah. Kepercayaan itu kebenaran yang tetap tidak ada ragu- ragu.

Pendapat itu sifatnya lemah, kaku, dan dingin. Jika apa yang difikirkan itu berjaya maka timbullah perasaan senang dan senyum serta gembira, tetapi jika sebaliknya tidaklah terasa apa- apa.

Tetapi akidah sifatnya hidup, dinamis, dan bergelora. Tidak ada kepuasan , kegembiraan dan ketenangan sebelum terjadi apa yang sesuai dengan kehendak akidah.

Orang yang mempunyai pendapat mudah goyah pendirian oleh kerana suatu keadaan dan kepentingan berbeza dengan orang yang punyai akidah.

Sebagaimana ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan macam-macam supaya berhenti sebar akidah Islam, Nabi SAW menjawab:

“Kalau sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, supaya aku tinggalkan apa yang aku kemukakan ini (Islam) nescaya aku tak akan berhenti”.

*Tulisan ini sekadar pandangan peribadi penulis, ia bukan kenyataan rasmi daripada pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ four = nine