Mahkamah New York Dakwa Pembunuh Imam

Mahkamah New York Dakwa Pembunuh Imam
Terjemahan & Olahan: ‘Abid Dhaif, Itqan Zawwini & Syazwani Saibe


New York– Pesuruhjaya kehakiman Mahkamah New York telah menjatuhkan pendakwaan ke atas Oscar Morel, suspek pembunuhan seorang imam serta pembantunya dengan melepaskan tembakan pertengahan bulan ini.

Mereka berdua ditembak ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah masjid di Bandar Queens.

Mahkamah Queens mendedahkan bahawa pesuruhjaya kehakiman telah menjatuhkan pendakwaan ke atas Oscar Morel, 35, yang telah melakukan pembunuhan tahap pertama, serta dua lagi pertuduhan pembunuhan tahap kedua; iaitu memiliki senjata api, namun dia telah menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut.

Menurut satu kenyataan seorang pendakwaraya, Richard Brown berkata, “perbuatan suspek ini telah menyentap hati masyarakat Islam di sini. Mangsa merupakan dua orang lelaki yang baik dan penyayang. Kematian mereka merupakan satu kehilangan yang sangat besar kepada seluruh keluarga mereka juga masyarakat di tempat mereka berkhidmat”

Morel telah membunuh Imam Masjid Furqan, Maulana Alauddin Okanjee, 55, serta pembantunya Thara Uddin, 64, sejurus selepas mereka berdua meninggalkan masjid pada hari Sabtu, 13 Ogos, di sebuah kawasan kejiranan Ozone Park, Bandar Queens, New York.

Satu das tembakan jarak dekat dilepaskan mengenai tepat kepala mangsa.

Kejadian pembunuhan ini telah menyentak hati penduduk Muslim Benggali yang majoriti menetap di kawasan tersebut.

Pada perbicaraan yang lalu, hakim mahkamah Queens, New York, telah menolak permohonan untuk membebaskan Morel yang menghadapi hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang kemungkinan pembebasan kecuali dengan syarat-syarat yang sabit pada kesalahannya.

Berikutan penangkapan suspek yang berasal dari bandar Brooklyn itu, penganut agama Islam bangsa Benggali yang dipimpin oleh Imam Akonjee ternyata berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Morel selain berharap agar hukuman lebih berat dikenakan atas jenayah yang dilakukannya.

Berikutan insiden bunuh itu juga, masyarakat Muslim di Amerika Syarikat mulai bimbang dengan pengaruh Islamophobia kesan ucapan umum ditujukan kepada mereka yang disampaikan oleh calon presiden Amerika, Donald Trumph.

(Pautan asal: http://www.aljazeera.net/news/international/2016/8/23/محكمة-في-نيويورك-تتهم-شخصا-بقتل-إمام-مسلم )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventy two = seventy three