Gulen Versus Erdogen

Berikut adalah tahun-tahun penting perseteruan Erdogen terhadap Gulen :

1998- peristiwa kudeta

Pada tahun ini, Presiden Najmuddi Erbakan digulingkan dan Tayyib Erdogen ditahan selama 10 bulan. Gulen terlibat dalam memberi semangat kepada tentera untuk menghalalkan tangkapan terhadap kumpulan Erbakan dan Erdogen.

2001- peristiwa 911
Pada tahun ini, Gulen mendapat sokongan Amerika Syarikat bagi menjalankan gerakan toleransi yang anti-keganasan. Gulen mengecam Islamis yang didakwa membawa idea keganasan. Kumpulan media Gulen banyak memberi kritikan terhadap pimpinan Erdogen. Oleh demikian, Erdogen mengheret para jurnalis dan wartawan ke mahkamah. Walaupun kebanyakan kes tidak berjaya, Erdogen telah mengawal televisyen, radio dan surat khabar yang pro-Gulen kepada pro-Erdogen.

2008- peristiwa Ergenekon
Cubaan rampasan kuasa yang dilakukan oleh sebilangan pimpinan polis. Siasatan menyeluruh dilakukan terhadap pimpinan polis dan didapati kumpulan Gulen cuba melakukan pemberontakan dalaman bagi menjatuhkan presiden Abdullah Gul dan perdana menteri Erdogen. Kumpulan Erdogen mengambil kesempatan menukar jawatan-jawatan penting polis dan berhubungan terus dengan perisikan tentera.

2014- Pilihanraya Presiden
Pada tahun ini, Erdogen sudah tamat tempoh dua penggal sebagai perdana menteri dan bersedia untuk bertanding jawatan Presiden Turki. Erdogen bertungkus lumus untuk kemenangan partinya Adelet Kinkama Partisi (AKP) kerana terpaksa berhadapan dengan skandal rasuah yang didalangi Gulen. Kumpulan Gulen yang berjawatan dalam kehakiman, peguam dan polis berjaya mengheret pimpinan AKP ke mahkamah. Malah, video perbualan Erdogen yang dikaitkan dengna rasuah dimuatkan di Youtube. AKP sebagai kerajaan menyekat penggunaan YouTube dan Facebook sepanjang tempoh pemilihan presiden berjalan. Erdogen menang dalam pilihanraya umum ini dan Erdogen mengambil kesempatan menukar jawatan kehakiman yang terlibat kumpulan Gulen. Erdogen juga berjaya berhubung rapat dengan General Tertinggi tentera dan berhubung rapat dengan perisikan.

2016- isu kudeta

Pada tahun ini, cubaan rampasan kuasa oleh sebilangan general tentera. General tertinggi tentera iaitu General Halusi Akar telah diculik. Cubaan rampasan kuasa ini menyaksikan tentera berperang dengan polis dan orang ramai. Tentera terpaksa menyerah senjata. Erdogen menuding Gulen kerana merancang komplot rampasan kuasa. Erdogen meminta Amerika menyerahkan Gulen kepada Turki. Kumpulan pro-Gulen ditangkap dari kalangan guru, pensyarah, rektor universiti, polis, hakim, peguam dan tentera. Puluh ribu ditangkap dan disoal siasat. Erdogen mengisytiharkan darurat selama tiga bulan bermula Julai sehingga akhir Oktober.

Dr Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty five + = thirty six