Usahlah Menjadi Boneka Politik Dan Terpesona Dengan Silau Populariti Sumbang Politik

Usahlah Menjadi Boneka Politik Dan Terpesona Dengan Silau Populariti Sumbang Politik
Oleh : Ahmad Hakimi Othman


Anak muda usah gopoh menonjolkan diri dengan sesuatu yang tidak boleh dicapai dengan segera. Jika difaham politik dengan watak anarki, maka sedarlah, kalian selangkah memasuki ruang ruang untuk dipergunakan.

Ya, kalian berani. Tetapi berani kalian tidak disalut dengan kebijaksanaan. Beraninya kalian, sebenarnya dipergunakam untuk menghidupkan api-api kecil yang sedang diuji.
Kalian rasa bebas dan merdeka, tetapi gagal memahami, sudah terperangkap dalam permainan sang dewasa yang lebih lama selok belok politik dan percaturan kuasa.

Lihatlah sejarah dekat kepada pelaku-pelaku anak muda yang lalu. Di mana mereka? Istiqamahkah mereka dengan jiwa rebelious muda? Kalau kalian perhati, ramai mereka akhirnya diperguna seumpama habis madu sepah dibuang.

Jika benar mahu rasa hebat, dalami dahulu semangat sebenar dakwah Islam. Dakwah Islam yang ada ruh Tajdid dan Islah tidak bermula dengan anarki. Tetapi ia bermula dengan kesedaran bertauhidkan Allah tuhan yang satu. Kerosakan dunia, penyelewengan amanah, kesan tauhid yang tidak menjiwai keberadaannya Tuhan yang maha Perkasa dan Agung. Juga kerana hilangnya keyakinan pembalasan keadilan selepas kehidupan dunia ini. Hidup yang dibalas dosa dan pahala. Hidup yang pasti menempuh syurga atau neraka.

Itulah mula ruh Islah dan Tajdid. Itulah mula ruh perubahan untuk menyedarkan umat tentang pentingnya amanah pada Tuhan. Amanah supaya mentadbir dunia bukan dengan penyelewengan dan kezaliman.

Lihat Nabi kalian, dan lihatlah juga akan Rasul kalian mengubah manusia Arab Quraisy yang korup akidahnya, korup akhlaknya dan keji muamalat dunia yang penuh seleweng.

Sedarlah anak muda sebelum terlambat !

*Tulisan ini sekadar pandangan peribadi penulis, ia bukan kenyataan rasmi daripada pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

67 − sixty three =