Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Tangisi Pemergian Dr. Mohd Abdul Mun’im Al- Barri.

Kesatuan Ulama Sedunia Tangisi Pemergian Dr. Mohd Abdul Mun’im Al- Barri.
Terjemahan & Olahan: Mursyid


Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dengan ini mengucapkan takziah atas kewafatan Dr. Abdul Mun’im Al-Barri, anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang juga ketua Ulamak Al-Azhar setelah lama ditimpa sakit sebelum dijemput Ilahi tempoh hari, Selasa genap umurnya 86 tahun.

Allahyarham merupakan simbol kepada ulamak-ulamak Al-Azhar As-Syarif, dan professor bagi kuliah dakwah Universiti Al-Azhar.

Beliau juga merupakan bekas ketua pusat pengajian Islam Universiti Al-Azhar.

Jenazahnya akan disempurnakan pada hari Rabu selepas Zohor di Masjid As-Salam di Bandar Al-Nasr.

Allayarham melibatkan diri dengan politik sebagai lelaki agama dan menyumbang kepada kebangkitan mesir dan umat Islam.

Syeikh Mohd Al-Barri telah menjelajah ke serata dunia Arab, Eropah dan Sepanyol sepanjang aktiviti akademik dan aktiviti dakwah kemasyarakatan.

Sheikh telah menulis karya-karya yang diterbitkan di universiti ataupun melalui cetakan yang pelbagai, termasuklah artikel dan penulisan yang banyak yang memberi kesan kepada pembaca dan pelajar Universiti Al-Azhar.

Umat Islam telah kehilangan seorang pemimpin mujahidin dan seorang daripada ulamak rabbaninya, kami memohon Allah mengurniakan keampunan kepadanya, memberi sebaik-baik ganjaran, memuliakan kedudukannya, meluaskan tempat tinggalnya, memasukkannya ke dalam syurga, melimpahinya dengan keredhaan dan rahmat-Nya, dan membangkitkanya bersama-sama para nabi, siddiqin, syuhadak dan orang-orang soleh.

Semoga Allah memberikan ketenangan dan kesabaran kepada sahabat-sahabat kami di Mesir, Kesatuan Ulamak Al-Azhar, ahli keluarga, sahabat, murid-muridnya. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik penolong dan yang menjawab (permintaan doa).

Doha : 17 Ogos 2016

Sheikh Dr. Ali Al-Qurrah Daghi
Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty two − forty =