Serangan Senjata Kimia di Aleppo

Oleh : AmeerulHaq

SYRIA: Rakyat Syria terus diancam dengan pelbagai cara untuk menghancurkan kehidupan umat Islam di sana.

Terkini, satu laporan Al-Jazeera telah menyatakan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila gas yang dipercayai klorin telah digugurkan di satu kawasan kejiranan di bandar Aleppo pada Rabu lalu berdasarkan maklumat dari sebuah hospital dan sekumpulan penyelamat tempatan.

Keadaan tersebut berlaku kerana satu tong mengandungi gas yang disyaki klorin jatuh di kejiranan Zubdiya terletak di Aleppo yang dikuasai kumpulan penentang.

Tiga kematian telah dicatatkan dan sekurang-kurangnya 25 lagi cedera akibat serangan itu.

“Kira-kira jam 7:30 pada hari Rabu, satu tong bahan letupan digugurkan dari helikopter di kejiranan Zubdiya.”

“Seorang wanita sesak nafas hingga maut kerana terhidu gas, bersama-sama dengan anak perempuannya yang berusia 10 tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun,” jelas seorang ahli kumpulan penyelamat yang berpangkalan di Aleppo, Khaled Khaled.

Pengurus Hospital Al-Quds di Aleppo, Hamza Khatib, memberitahu bahawa hospital tersebut telah mencatatkan empat kematian akibat keracunan gas dan 55 kecederaan.

Pelbagai usaha untuk menyeksa umat Islam di Syria terus direncanakan; malah nasib umat Islam menjadi bahan memuaskan keinginan pihak musuh untuk menghancurkan bumi Syria.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifteen + = twenty two