Al-Hashofi Bimbang Al-Banna Dibunuh

Oleh : Asri Ed-Diwanie

Terdapat sumber internet menaqalkan bahawa guru tareqat kepada Al-Syahid Hasan Al-Banna; iaitu Syeikh Abdul Wahab Al-Hashofi, melarang dan berkali-kali menasihati Hasan Al-Banna supaya tidak menubuhkan Jama’ah Ikhwan Muslimin. Larangan tersebut dikaitkan dengan kesilapan Al-Banna yang tidak akur dengan nasihat gurunya lalu menubuhkan Jama’ah Ikhwan yang berlawanan dengan perjuangannya.

Mengikut maklumat daripada sumber Ikhwan Muslimin yang sohih, Al-Syahid pada masa itu telah membentuk halaqah usrah dengan beberapa sahabatnya dan sering berbincang tentang situasi ummah yang semakin kembali kepada jahiliah dan sangat perlu dikembalikan sistem Islam yang syumul dalam kehidupan mereka.

Al-Imam Al-Syahid kerap kali berbincang hal ini dengan Syeikh Abdul Wahhab Al-Hashofi malah meminta agar diperluaskan kelas ajaran ilmu akhlak dan rohani kepada masyarakat.

Selang beberapa waktu, Al-Imam Al-Syahid berijtihad menubuhkan satu Jama’ah bertujuan mengembalikan kesyumulan Islam dan membangkitkan kesedaran semula untuk kebangkitan khilafah yang baru 2 tahun musnah pada ketika itu.

Al-Imam bertanyakan pandangan Syeikh Al-Hashofi; namun Syeikh gusar tindakan yang tidak baik diperlakukan ke atas Al-Syahid kerana hanya beliau pada masa itu orang yang mampu meneruskan pentarbiahan masyarakat melalui tarbiah rohaniah.

Syeikh berpandangan sedemikian bukannya kerana salah menubuhkan Jama’ah untuk menegakkan khilafah akan tetapi bimbangkan keselamatan dan masa depan Al-Imam Al-Syahid. Mengikut sesetengah pimpinan Ikhwan, Syeikh bimbang Al-Imam akan dibunuh oleh penentangnya.

Ternyata apa yang dijangkakan Syeikh berlaku! Ini adalah kisah yang sebenar daripada nasihat Syeikh agar jangan menubuhkan Jama’ah Ikhwan Muslimin dan bukannya kerana beliau tidak bersetuju dengan gerakan tersebut atau tidak mahu penglibatan Al-Imam dengan politik.

Mohon jangan merujuk kepada sumber internet dan rujuklah sumber yang berautoriti!

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty one − = thirty one