Beza Wali, Qadhi Dan Hakim Dalam Kefahaman Masyarakat Melayu

Memang benar banyak pengaruh bahasa arab dalam bahasa melayu kini. Namun, kebanyakan istilah arab yang digunakan melayu agak tersasar dari kebiasaan masyarakat arab.

Contohnya perkataan wali, qadhi dan hakim. Perkataan-perkataan ini lebih popular di kalangan cendekiawan Islam sebagai istilah politik namun skop yang difahami masyarakat melayu menjadi kecil kini. Istilah ini banyak terkandung dalam buku-buku siasah syariah, tetapi dalam masyarakat melayu penggunaannya terhad dalam perbahasan fiqh rumah tangga sahaja.

WALI, lebih dikenali sebagai gabenor di zaman kegemilangan Islam. Tapi orang melayu faham wali itu ketua keluarga untuk nikah kahwin sahaja.

QADHI, lebih dikenali sebagai ketua mahkamah atau hakim/juri yang memutuskan berbagai perselisihan rakyat. Tapi orang melayu kenal qadhi hanya jurunikah sahaja. Tok kadi.

HAKIM, digunakan merujuk kepada pemerintah negara ataupum khalifah. Tapi yang orang melayu adalah hakim di mahkamah sahaja.

Adakah skop kefahaman yang mengecil ini salah satu projek terancang sekular untuk menidakkan urusan kenegaraan dalam minda umat Islam? Sesuatu yang wajar diteliti.

(Alang Ibn Shukrimun)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− six = two