Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Rasmikan Penutupan Mesyuarat Penuh Lembaga Pemegang Amanah

KONYA– Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, diberi penghormatan merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah kali ke-4 Kesatuan itu di Konya, Turki, semalam.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diberikan penghormatan tersebut menggantikan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah kembali ke Dhoha, Qatar.

Di hari terakhir himpunan ulamak ummah itu, Setiausaha Agung Kesatuan, Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi, berbesar hati membentangkan resolusi persidangan tersebut yang merangkumi banyak isu ummah.

Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang bermula 3 Ogos lalu telah menyaksikan penganjuran pelbagai seminar dan mesyuarat penuh yang juga dipengerusikan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty five − eighty =