Pope Francis: Tidak Betul Kaitkan Islam Dengan Keganasan

Pope Francis: Tidak Betul Kaitkan Islam Dengan Keganasan
Terjemahan & olahan: Akhir Muhammad


Pope Francis baru-baru ini mengecam persepsi selalu yang mengaitkan Islam dengan keganasan, sambil berkata bahawa ‘hampir semua agama’ mempunyai ‘kumpulan kecil yang bersifat fundamentalis’.

Wartawan yang berada di atas pesawat yang telah menerbangkan pemimpin Katolik itu kembali ke Rom pada hari Ahad lalu selepas mengadakan lawatan ke Poland juga mengemukakan soalan bertanya mengapa beliau tidak pernah menggunakan perkataan ‘Islam’ untuk menggambarkan terorisme serta keganasan yang telah berlaku.

“Ia adalah sesuatu yang tidak betul untuk mengaitkan Islam dengan keganasan. Ia adalah tidak patut dan tidak benar,” tegas beliau.

Pope Francis telah berada di Poland dari 27 hingga 31 Julai bagi menghadiri sambutan Hari Belia Dunia yang dilangsungkan selama seminggu serta turut dihadiri lebih satu juta penganut.

Sehari sebelum beliau meninggalkan Poland, seorang paderi Katolik warga emas maut di utara Perancis ketika upacara ‘Kebaktian Ahad’ dalam satu serangan yang didakwa dilakukan oleh ISIL.

“Saya tidak suka untuk bercakap mengenai keganasan yang dikatakan dilakukan oleh orang Islam kerana setiap hari saya melihat di dada-dada akhbar keganasan sentiasa berlaku.”

Beliau berkata demikian sambil merujuk kepada berita jenayah yang kerap berlaku di Itali yang merupakan negara yang didominasi rakyat pengikut ajaran Katolik.

“Mereka ini merupakan pengikut Katolik yang telah dibaptiskan. Sekiranya saya bercakap mengenai keganasan Islam, saya juga harus bercakap mengenai keganasan Katolik.”

Sambil menyatakan beliau telah mengadakan perbincangan dengan para imam, beliau berkata “saya tahu bagaimana cara mereka berfikir, mereke hanya mengimpikan keamanan.”

Mengulas mengenai ISIL, beliau berkata kumpulan itu “telah menonjolkan identiti mereka yang cenderung kepada keganasan dan itu adalah bukan daripada Islam.”

(Pautan asal: http://www.aljazeera.com/news/2016/08/pope-francis-identify-islam-violence-160801181546399.html )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty eight − sixty four =