Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Di Saluran TV Konya

KONYA– Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia kali ke-4 yang membuka tirai 3 Ogos lalu menyaksikan jadual padat naib presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sepanjang keberadaan di sana.

Naib presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu telah ditemuramah dalam satu rancangan bual bicara di salah satu saluran televisyen tempatan, Kanal 42.

Saluran televisyen Konya itu juga membuat liputan di samping menyiarkan rancangan bual bicara khas sempena persidangan yang telah menerima kehadiran dari dalam dan luar negara itu.

Terdahulu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ucapan dalam salah satu seminar sempena persidangan itu serta mempengerusikan mesyuarat penuh bagi menggantikan presiden Kesatuan itu, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang terpaksa kembali ke Dhoha, Qatar.

Sebelum ini, naib presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu pernah ditemuramah media antarabangsa lain seperti agensi berita Al-Jazeera serta media luar negara seperti negara-negara Arab malah negara jiran, Singapura.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

nine + 1 =