Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Seru Ulamak Main Peranan Lebih Aktif

KONYA – Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru para ulamak agak melakukan anjakan paradigma memainkan peranan dalam kepimpinan serta tidak sekadar menjadi pengikut.

Menurutnya, dewasa kini terdapat pelbagai kumpulan dan jemaah yang wujud dengan semangat Islam serta ukhuwah Islamiah dan perlu dipandu dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah yang sebenar.

Justeru menjadi tanggungjawab para ulamak mengambil inisiatif menyusun, mendidik, serta merancang perjalanan jemaah-jemaah tersebut dalam menghadapi pelbagai isu setempat khususnya serta isu global amnya.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam salah satu seminar sempena Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia kali ke-4 di Konya, Turki bermula semalam.

Dalam ucapannya itu juga, beliau berkata antara kejayaan para ulamak dalam medan tafaqquh fid deen (mendalami ilmu agama) adalah kemampuan mengemukakan perbahasan Fiqhul Qital, Fiqhul Jihad serta Fiqhul Dakwah dalam wajah kontempori.

“Di sinilah peranan ulamak di tampuk kepimpinan, serta menjadi para imam dan bukan sekadar makmum.”

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ fifty eight = 65