Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Pengerusikan Mesyuarat Persidangan Ulamak Islam Sedunia

KONYA – Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini mempengerusikan satu mesyuarat di Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan itu di Konya, Turki.

Beliau diberikan kepercayaan untuk menggantikan Presiden, Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi yang tidak dapat turut sama dalam mesyuarat itu; sebagai satu penghormatan buat beliau.

pengerusimesyuarat2

Persidangan yang berlangsung sejak 3 Ogos itu menyaksikan penganjuran beberapa siri seminar akademik serta membahaskan pelbagai isu ummah terutamanya di wilayah umat Islam tertindas seperti Palestin, Kashmir, Iraq dan Syria.

pengerusimesyuarat3

Terdahulu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ucapannya dalam satu seminar semalam antara lain menyentuh isu Baitulmaqdis dan peranan ulamak di tampuk pemerintahan.

pengerusimesyuarat4

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ twenty two = twenty seven