Sekularisme dan Agama

SEKULARISME DAN AGAMA
Tulisan: Dr. Muhammad ‘Imarah
Terjemahan & olahan: ‘Abid Dhaif, Itqan


Dalam salah satu siri pembohongan mereka, para pengkagum Barat mendakwa sekularisme bukanlah sesuatu yg merbahaya kepada agama; malah ia bersifat berkecuali serta tidak langsung menyerang sebarang agama.

Jelas melalui Kata- kata ini menunjukkan bahawa mereka adalah golongan yang suka menipu dan berbohong.

Suatu masa dahulu, Timur telah menjadi kiblat masyarakat Kristian sebelum kemunculan Islam.

Namun, setelah cahaya Islam muncul di sana lewat pembebasan dan pembukaan kota sehingga memerdekakan wilayah Timur dari cengkaman kekejaman dan kezaliman Rom, dunia Kristian mula beralih tumpuan kepada Eropah.

Perkara ini berterusan sehingga kemunculan pemikiran sekularisme yang memisahkan antara langit dengan dunia; meletakkan agama ciptaan sebaris dengan agama samawi; serta menanamkan fikrah kehidupan di dunia tanpa tuhan.

Umat manusia mula diajar hidup tanpa syariat Ilahi yang secara fitrahnya diturunkan untuk mengurus alam.

Akibat dari aliran sekularisme ini dapat dilihat dalam bahasa angka berikut:

– Di Eropah, mereka yang mempercayai kewujudan tuhan sekalipun tidak menyembah-Nya adalah kurang daripada 14% berbanding mereka yang mengakui penganut agama Kristian.

– Di Perancis, hanya 3% warga negara itu yang menghadiri upacara ‘Kebaktian Ahad’ (The Sunday Mass), walaupun Perancis merupakan negara Katolik terbesar.

– Di Itali; di mana terletaknya Vatican City, 70% penganut Katolik mengamalkan seks sebelum kahwin; manakala sejumlah 74% penganut Katholik di situ juga mengalami masalah kebejatan akhlak yang bertentangan dengan ajaran agama Kristian dan gereja.

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Madonna, pernah menyanyi di dalam sebuah gereja bersejarah, selepas ia diubahsuai menjadi sebuah restoran di mana ‘altar’ atau mezbah gereja itu telah ditempatkan dengan ketuhar pizza.

– Di Jerman, hampir satu pertiga daripada gereja-gereja yang terletak di Diosis Essen telah menghentikan upacara ‘Kebaktian Ahad’ ekoran pengunjung yang semakin berkurangan.

Di samping itu, sepuluh ribu gereja bakal ditutup serta dijual untuk tujuan lain.

Malahan, setiap tahun Gereja di Jerman; samada Evangelical mahupun Katolik, kehilangan lebih seratus ribu pengikutnya.

-Di England; negara yang mengamalkan sekularisme sederhana serta ratunya mengetuai the Church of England, kurang dari sejuta rakyat menghadiri upacara ‘Kebaktian Ahad’; manakala 10% gereja di sana telah diklasifikasikan secara rasmi sebagai ‘melebihi keperluan’ serta disenaraikan untuk dijual; samada untuk dijadikan restoran, bar, bahkan kelab malam.

Ketua gereja Katholik di England dan Wales, Cardinal Cormac Murphy, berkata agama Kristian sedang mengalami ‘kepupusan’ di Britain; serta tidak lagi berpengaruh dalam kehidupan rakyat.

Sekalipun fenomena Islamophobia semakin membarah serta terdapat usaha menyamakan Islam dengan syaitan, Nazisme dan komunisme; namun, kajian statistik menunjukkan bahawa negara itu akan mengalami pertambahan warga Inggeris beragama Islam berbanding warga Inggeris beragama Kristian dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

-Di Denmark; negara yang telah melakar karikatur memburukkan Rasulullah SAW bahkan mengadakan demonstrasi dan poster-poster yang menakut-nakutkan tentang proses Islamisasi di Eropah, telah membuka tawaran untuk menjual 10 buah gereja di negara itu.

Setiausaha Agung gereja-gereja di Denmark, Kay Pullman, berkata, “sekiranya gereja tidak lagi digunakan sebagai tempat ibadat, sebaiknya ia digunakan sebagai kandang khinzir,” kenyataan yang dilihat sebagai suatu usaha untuk menghalang umat Islam di Denmark dari membeli gereja-gereja tersebut untuk dijadikan masjid.

– Di Amerika Syarikat; negara yang memiliki penganut Kristian yang lebih ramai dari negara-negara Eropah, terdapat penurunan bilangan hadirin ke upacara ‘Kebaktian Ahad’ di gereja-gereja Katholik sehingga 40% berbanding tahun-tahun 1950an lalu.

Setelah melihat analisa angka yang diberikan, bolehkah dakwaan bahawa sekularisme adalah berkecuali serta tidak mengganggu gugat kepercayaan dan agama diterima akal?

http://iumsonline.org/ar/3/laalmny-oldyn/

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty three + = 43