Khutbah Jumaat: Peristiwa Rampasan Kuasa Di Turki

Khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Peristiwa Rampasan Kuasa Di Turki
22 Julai 2016

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ, عِوَجَا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.أَرْسَلَ اللهُ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ. فَأَدَّى الأَمَانَةَ، وَبَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ الأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِى اللهِ حَقَّ وَجِهَادِهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، أَشْرَفُ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ. وَإِمَامِ المُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدَّعَاةِ الْمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ :

فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar dan memahami Firman Allah SWT:

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ *
[سورة البقرة:109]

Maksudnya : (Al Baqarah109). banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kita masih lagi mengambil iktibar daripada peperangan Ahzab yang berlaku di zaman Rasulullah SAW yang dirakamkan di dalam Al-Quran Karim. Al-Quran adalah petunjuk Allah SWT yang berterusan sehingga hari kiamat. Betapa golongan ahli kitab terus merancang untuk memusnahkan umat Islam, memesongkan umat Islam dan menyesatkan umat Islam, walaupunmereka tahu Islam adalah agama yang benar, agama Nabi-nabi dan Rasul-rasul AS, agama Nabi Musa dan Nabi Isa AS, Rasul yang disanjung oleh mereka. Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut di dalam kitab suci agama mereka dan agama-agama yang lain. Namun mereka terus bermusuh dengan Islam sehingga hari ini.

Seluruh dunia sedang menyaksikan rampasan kuasa yang berlaku di Turki baru-baru ini. Peristiwa itu mendedahkan pakatan kuasa-kuasa Barat yang bukan Islam, kecuali kalangan umat Islam yang tidak mengenal atau tidak membaca sejarah, yang buta dan pekak badak serta tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Sepatutnya umat Islam jangan melupai peranan kerajaan Uthmaniah dalam masa beratus-ratus tahun dan berkurun-kurun menjadi kota dan banteng mempertahankan Islam, sehinggalah dijatuhkan pada tahun 1924.

Selepas kejatuhan itu, Turki dikepung dan dibelasah habis-habisan, disamping dunia Islam yang lain tidak dibenarkan sekali-kali bagi umat Islam kembali melaksanakan Islam dan pemerintahan Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ketika Turki dipaksa dengan ajaran sekularisme, Al-Marhum Sheikh Sabri, Sheikhul Islam kerajaan Turki yang terakhir menulis di dalam katanya :

إِنَّ الْعِلْمَانِيَّةَ أَقْصَرُ طَرِيقٍ إِلَى الرِّدَّةِ.

(Maksudnya) : Sesungguhnya fahaman sekularisme adalah jalan yang paling dekat dengan murtad.

Dapat dirasakan selepas itu bagaimana orang Islam tidak sedar mereka telah menyeleweng daripada agama mereka bukan dengan masuk agama lain, tetapi mereka menghina hukum-hukum Islam dan syariat Islam, secara tidak sedar mereka membatalkan dua kalimah syahadah. Namun Allah SWT yang Maha Pengampun kerana kejahilan mereka semata-mata, tetapi kalau mereka menyedari betapa besarnya kesalahan mereka menafokan syariat Allah SWT dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW walaupun dalam perkara yang sunat atau harus atau haram, apalagi menafikan perkara ynag diwajibkan oleh Allah SWT.

Sangat berleluasa dalam kalangan orang-orang Islam seolah-olah agama Islam ini agama ibadat, agam yang berkurung di masjid, agama haji dan umrah, sedangkan Allah SWT Rabbal A’lamin (Tuhan yang Menguasai seluruh alam, bukan sahaja Mencipta seluruh alam). Maka Islam adalah ajaran untuk seluruh alam. Tiba-tiba ajaran Islam diperkecilkan dan dihina oleh orang-orang Islam sendiri. Orang Islam sudah menjadi alat dan diperalatkan oleh musuh-musuh untuk menghancurkan agama mereka dan umat mereka sendiri. Namun Allah SWT tetap memelihara agama-Nya.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * [سورة الصف:8]

Maksudnya : (surah Assof:8). mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

Usaha beberapa kali dibuat untuk kembali kepada Islam, tetapi semuanya dibatalkan. Beberapa ulama’ dan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam usaha itu dibunuh dengan cara digantung, ditembak dan sebagainya. Termasuk di Turki, sudah ramai ulama’ yang dibunuh sehingga Al-Quran ditulis dalam huruf rumi, izan(yang) dipaksa dalam bahasa Turki, sesuatu yang tidak dilakukan di negara lain. Sekularisme dilindungi ole perlembagaan Turki dan tentera sebagai pelindung kepada sekularisme. Mana-mana usaha untuk kembali kepada Islam, tentera akan merampas kuasa. Ia juga dilindungi oleh negara-negara barat.

Hari ini, perangkap yang dipasang tidak mengena. Rakyat Turki bangkit dan menegakkan apa yang mereka mahu kembali kepada Islam. Kita melihat negara-negara barat seluruhnya termasuk negara Islam yang mengikut barat membuatkenyataan supaya pemimpin Turki tidak menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka yang terlibat didaalam rampasan kuasa itu. Padahal sudah berapa banyak dengan angka ratusan ribu bahkan jutaan orang Islam yang dibunuh oleh mereka tanpa mahkamah, seperti Algeria yang dikenali sebagai Negara sejuta syahid, umat Islam di Afganistan dibunuh kerana mencari seorang yang disyaki, Iraq dan Syria diserang kerana mencari orang yang disyaki dan diragui oleh barat, rakyat menjadi sasaran serangan yang menyebabkan ratusan ribu meninggal dunia. Sebaliknya apabila patung-patung mereka digulingkan, seluruh Negara barat dan pengikutnya dalam keadaan yang gelabah kerana takut penikut-pengikut dan alat-alat mereka dijatuhkan hukuman mati.

Dalam hal ini, umat Islam mesti menyedari jati diri mereka bersama dengan kehebatan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat ini, iaitu kehebatan yang dinyatakan oleh Saidina Umar Ibn Khattab RA ketika menyaksikan pembukaan Baitul Maqdis :

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِالْإِسْلَامِ، وَمِنْهَا نَبْتَغِ العِزَّةَ بِغَيْرِهِ أَذَلَّنَا اللهُ.

(Maksudnya) : Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari-Nya nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.

Umat Islam dihina oleh musuh-musuh mereka dengan sebab mereka meninggalkan Islam. Kali ini mereka menjadi mulia sekiranya mereka kembali semula kepada Islam.

Mudah-mudahan apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW berlaku :

بَدَأَ الإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَعُودُ غَرِيبًا فُطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ. [رواه ابن ماجه]

(maksudnya) : Islam bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka Berjaya dan mencapai kemenangan bagi orang-orang yang dagang.

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− seven = one