Kembalikan Islam, Selamatkan Akidah

RUSILA: Sempena ‘Tour Malaysia’ anjuran pertubuhan Muslim Care, Malaysia Society dan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia, Masjid Rusila menerima kunjungan daripada Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih pada hari ini.

Syeikh Kurayim Rajih merupakan Ketua Ulamak Al-Quran Syria dan pemegang sanad Al-Quran yang ke28 daripada Rasulullah SAW.

“Sebenarnya bukanlah kami nak mencari makanan dikalangan kamu atau nak cari pakaian untuk orang Islam di Syria tetapi sebenarnya kita sekarang nak mengembalikan Islam ke tempatnya.”

“Sebelum kita nak cari makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya, kita mesti memantapkan keimanan kita dahulu menguatkan akidah kita dahulu.”

“Bukanlah bermaksud tidak ada makanan tidak ada minum; tidak! Tetapi kami ingin mengembalikan akidah dan Islam di Syria, ” ujarnya kepada semua.

Menurut syeikh, sesiapa yang mampu membantu dengan harta, bantu dengan harta.

Tambahnya, yang mampu bercakap, bercakap. Yang mampu menulis, menulis.

“Usahakan sedaya upaya yang mungkin untuk kita menentang kezaliman yang terus berlaku.”

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dengan seminar yang berkaitan Al-Quran dan syariah dan turut mengijazahkan sanad Al-Quran dan Qiraat kepada pembaca- pembaca yang mahir.

Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai tokoh syeikh Al-Quran di negara Syria.

Sehingga kini, beliau kekal sebagai Syeikh Qura’ yang memiliki sanad tertinggi di dunia dan menjadi pakar rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syria dan seluruh dunia.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− five = 1